web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Grealish Jaring Gol Debut Untuk City, Liverpool Selesa

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 11:52AM

Jack Grealish meraikan kejayaan menjaringkan gol untuk Manchester City pada perlawanan menentang Norwich pada Sabtu. Manchester City menang 5-0 ke atas Norwich. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANCHESTER – Jack Grealish menjaringkan gol pertamanya untuk Manchester City ketika juara Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Norwich 5-0, sementara pasukan pesaing Liverpool mengekalkan rekod sempurna mereka dengan kemenangan 2-0 menentang Burnley pada Sabtu.

Jack Grealish menandakan penampilan sulungnya di tempat sendiri susulan perpindahannya dari Aston Villa dengan gol mudah setelah penjaga gol Norwich Tim Krul sendiri mengundang pesta gol di Etihad.

Aymeric Laporte, Raheem Sterling dan Riyad Mahrez menjaringkan gol pada babak kedua untuk memastikan City bangkit dari kekalahan hujung minggu lalu di Tottenham.

Walaupun Grealish membuat permulaan yang baik dalam debut di tempat sendiri, Gabriel Jesus mencuri tumpuan ramai bermain di posisi yang bukan kebiasaannya, di bahagian paling kanan barisan hadapan.

"Dia (Jesus) terlibat dalam tiga gol kami dan merupakan pemain yang sangat penting bagi kami,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

Umpanan silang penyerang Brazil itu pada minit ke-7 mengakibatkan penjaga gol Norwich, Krul melambung bola ke dalam gawang sendiri.

Jesus menjadi pencipta sekali lagi pada minit ke-22 apabila hantaran lintangnya sampai ke Grealish dan bola melantun masuk ke dalam gol.  

Laporte menjaringkan gol pada minit ke-64 dengan penyudah jarak dekat setelah Norwich gagal bertahan dengan kemas.

Jesus terlibat sekali pada minit ke-71 yang menyaksikan Sterling membuat jaringan mudah, sebelum Mahrez meraih gol kelima City pada minit ke-84.

Di Anfield, Liverpool memperoleh kemenangan kedua berturut-turut hasil gol jaringan Diogo Jota dan Sadio Mane, tetapi pengurusnya Jurgen Klopp berang dengan arahan baharu Liga Perdana Inggeris untuk pengadil tidak terlalu bersikap tegas.

Jota menjaringkan gol pertama Liverpool dalam kemenangan 3-0 di Norwich pada hujung minggu lalu dan penyerang Portugal itu memberikan pasukan Klopp jaringan pendahuluan sekali lagi dengan tandukan minit ke-18 hasil hantaran Kostas Tsimikas.

Mane kemudian memastikan tiga mata penuh dengan penyudah yang baik selepas menerima hantaran dari Trent Alexander-Arnold, 21 minit sebelum masa penuh.

Namun, Klopp kecewa kerana pasukan Sean Dyche, yang terkenal dengan pendekatan fizikal mereka, terlepas daripada sebarang hukuman disebabkan corak pengadilan yang kurang tegas.

"Anda melihat tackle (Ashley) Barnes dan (Chris) Wood ke atas Virgil (Van Dijk) dan Joel (Matip)," kata Klopp.

"Saya tidak yakin 100 peratus yang ini adalah pendekatan yang betul.

"Ia terlalu berbahaya. Cukup keras. Kita tahu apa peraturannya tetapi sukar untuk mempertahankan situasi sebegini." – AFP

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar