web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Tinggal Di Malaysia, Elak NS, Dipenjara 10 Minggu

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 10:51AM

Seorang lelaki yang berpindah ke Malaysia pada usia 13 tahun dihukum penjara kerana gagal melaporkan diri bagi Perkhidmatan Negara di Singapura. - Gambar fail TODAYonline

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang rakyat Singapura yang berpindah ke Malaysia bersama ibunya pada usia 13 tahun selepas ibu bapanya bercerai dijatuhi hukuman penjara kerana gagal melaporkan diri bagi Perkhidmatan Negara (NS).

Anak muda itu pulang ke Singapura selepas ibunya bercerai dengan bapa tirinya yang "suka menguasai orang lain". Bapa tirinya itu didakwa mengawal gerak-geri mereka dan menahan mereka daripada pulang ke Singapura.

Mohammad Sariyan Mohd Yazid, 24 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 minggu pada atas satu tuduhan di bawah Akta Perkhidmatan Negara. Satu lagi tuduhan diambil kira sewaktu menjatuhkan hukuman.

Sariyan merupakan lelaki ke-18 yang dijatuhi hukuman kerana gagal melaporkan diri bagi NS sejak rangka kerja Mahkamah Tinggi bagi jenayah sedemikian dilaksanakan pada 2017.

Mahkamah diberitahu bahawa Sariyan dilahirkan di Singapura pada 1997. Ibu bapa dan empat adik-beradiknya adalah rakyat Singapura.

Apabila dia berusia 13 tahun, ibu bapanya bercerai dan ibunya diberi hak menjaga kelima-lima anaknya, termasuk Sariyan.

Pada tahun yang sama, Sariyan dibawa ke Malaysia oleh ibu dan bapa tiri barunya. Sariyan memasuki sekolah agama di situ dan bekerja secara sambilan sebelum mendaftarkan diri bagi kursus makanan dan minuman.

Dia menarik diri daripada kursus itu selepas setahun dan berpindah ke Johor Baru untuk menetap di sana sambil bekerja sewaktu berusia 19 tahun.

Apabila Sariyan mencecah usia 16.5 tahun pada Disember 2013, dia dikehendaki memohon permit sah ke luar negara bagi sebarang lawatan ke luar Singapura.

Namun, dia tidak melakukan sedemikian kerana pasportnya sudah luput dan dia tidak berhasrat untuk pulang ke Singapura, kata pihak pendakwa.

BAPA TIRI MENAHANNYA: PEGUAM BELA

Menurut peguamnya, Sim Bing Wen dari syarikat Drew and Napier yang dilantik di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah, bapa tiri Sariyan adalah seorang yang "agak suka menguasai orang lain dan mahukan mereka sekeluarga kekal bersama di Malaysia".

Bapa tirinya yang memutuskan bahawa anak-anak perlu memasuki sekolah-sekolah agama dan "bukan mudah" bagi Sariyan dan ibunya untuk pulang ke Singapura, kata Sim.

"Mereka tinggal dalam-bayangan seorang yang dominan yang tidak bertolak ansur," tambah beliau.

Hanya apabila ibu Sariyan memutuskan untuk bercerai dan selepas saudara Sariyan memperolehi kunci kepada flatnya di Singapura dan menawarkan tempat tinggal kepada mereka, barulah mereka pulang.

Sariyan pulang ke Singapura pada 6 Disember 2018 dan mendaftar diri untuk menjalani NS sehari kemudian. Dia didaftarkan bagi NS sepenuh masa pada November 2019.

Pihak pendakwa memohon hukuman penjara 10 minggu tetapi pihak peguam bela menggesa mahkamah menimbangkan nasib Sariyan.

Beliau berkata ia bukan kes di mana klien meraih faedah daripada tidak melaporkan diri untuk NS.

Malah, ia disebabkan dia "dipindahkan" dan dibawa ke Malaysia, kehidupan Sariyan tergganggu, kata peguamnya sambil menambah bahawa Sariyan bergelut di sekolah dan bekerja secara sambilan.

Namun, dalam responsnya, pihak pendakwa berkata bahawa Sariyan juga mempunyai adik-beradik yang tinggal di Malaysia yang pulang ke Singapura untuk menjalani NS. Tambahnya, saudara perempuan Sariyan berkata dia langsung tidak memikirkan untuk memperbaharui pasport selepas sudah luput.

Peguam bela berkata bahawa adik-beradik Sariyan yang lain pulang ke Singapura pada waktu yang sama dengannya.

Hakim menjatuhi hukuman penjara seperti yang diminta oleh pihak pendakwa. Atas kesalahan gagal melaporkan diri bagi NS, Sariyan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar