web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Durian, Mangga Goreng, Tarik Perhatian Ramai

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 9:45AM

Durian goreng kini boleh dihantar terus ke rumah pembeli. - Gambar Sedap Durian dari Today

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Bagi penggemar 'raja segala buah', mereka kini boleh menikmati durian D24 goreng, yang dihasilkan oleh Sedap Durian, dan boleh dibeli menerusi penghantaran ke rumah.

Selain durian goreng, terdapat juga mangga goreng bagi mereka yang mungkin tidak meminati durian.

Snek gorengan itu akan dihantar dalam keadaan agak panas dan rangup, namun lebih enak lagi kalau ia dipanaskan sebentar menggunakan 'air-fryer', ketuhar mikro atau ketuhar biasa.

Salutan tepungnya menjadi lebih rangup, namun anda perlu hati-hati ketika menggigit durian goreng itu kerana intinya sangat panas dan mudah meleleh.

Durian goreng itu dijual pada harga S$13 kotak dan ia berisi 10 keping durian di dalamnya manakala caj penghantaran pula adalah S$8 tidak kira di mana anda berada, tapi anda juga boleh memilih untuk mengambilnya sendiri di cawangan J&C.

Puri durian D24 lemak berkrim, dan rasa manis bercampur pahit memang menarik perhatian. Baunya tentu sekali kurang kuat berbanding memakan buah yang segar, jadi mungkin ia lebih mudah diterima bagi seseorang yang tidak begitu menggemari bau buah itu.

Tepung salutannya diperbuat daripada campuran tepung gandum biasa dan tepung kanji terasa amat rangup. Sangat sesuai digandingkan dengan isi durian di dalamnya.

Pilihan terbaru yang disajikan iaitu mangga goreng juga tidak kurang enaknya. Ia lebih manis tetapi juga mempunyai rasa lebih segar berbanding pilihan buah goreng lain, lantas menjadikannya lebih enak dimakan apabila disaluti tepung digoreng garing. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar