Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Riqmah Kindness Corner Inisiatif Berkongsi Rezeki

Pasangan suami isteri di Singapura ini telah membuka satu sudut di depan rumah mereka untuk memudahkan pengagihan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 8:46AM

Asanul Fariq, Norhasyimah dan anak-anak mereka. Gambar: Asanul Fariq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tabik kepada pasangan suami isteri di Singapura ini kerana mereka telah memulakan inisiatif untuk membuka satu sudut di depan rumah mereka yang diberi nama Riqmah Kindness Corner dengan tujuan mengagihkan barang-barang dapur dan keperluan harian untuk mereka yang memerlukan.

Niat murni pasangan yang tidak lokek masa dan tenaga ini dapat juga membantu serta meringankan beban orang lain di Singapura.

Kunjungan penulis ke flat mereka di kawasan timur Singapura iaitu di Blok 268, Tampines Street 21 disambut mesra oleh Asanul Fariq Bin Sani dan isteri, Norhasyimah Bte Awaludin.

Jelas Fariq, ruang infak itu telah dimulakan pada 11 April 2021 bertujuan untuk berkhidmat pada masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atau kerakyatan termasuk untuk warga Malaysia yang tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan oleh sekatan perjalanan disebabkan COVID-19

Kata bapa kepada empat putera itu, “Keadaan ekonomi dan pandemik memberi impak kepada warga Singapura yang hilang pekerjaan.

“Kami mulakan inisiatif ini dengan mengagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan atau hilang pekerjaan. Pada mulanya kami guna dana kami sendiri membeli Milo, teh, biskut dan lain-lain.”

Stok barangan menunggu agihan
Stok barangan menunggu agihan

Usaha mereka masih diteruskan kini kerana mendapat sokongan daripada dermawan yang prihatin dengan situasi sekarang ini.

Dalam setiap pek, terdapat sembilan jenis keperluan asas termasuk beras, Milo, kopi, teh, biskut, minyak masak, tin sardin dan pelitup muka.

Sesiapa sahaja yang memerlukan boleh singgah ke rumah mereka dan bebas mengambil apa sahaja keperluan dapur dan keperluan seharian seperti shampoo juga pada bila-bila masa.

Tambahnya, “Rakyat Malaysia yang datang ambil barang-barang yang tidak perlu dimasak seperti toiletries, biskut, Milo sebab ada yang tidak diizinkan memasak di tempat tinggal mereka.Yang paling banyak sekali diambil oleh pembantu-pembantu Indonesia pula ialah telekung.”

Sasaran mereka juga sudah semestinya untuk membantu keluarga Singapura yang berpendapatan rendah atau ibu bapa tunggal yang mempunyai ramai anak.

Menariknya, ada juga peniaga Cina yang menjual durian turut menyumbangkan durian untuk sudut infak mereka.

Kongsi Norhasyimah, “Pada mulanya kita beli durian sendiri, kita post di Facebook kemudian ada lelaki Cina telefon kami. Dia kata kalau ada durian lebih dia akan berikan pada kami. Pada suatu hari kami terbau durian, bila buka pintu terdapat banyak durian di luar rumah kami, dia cuma letak dan pergi.”

Beliau bersyukur kerana inisiatif mereka itu menemukan mereka dengan orang-orang yang baik yang mereka tidak kenal langsung tetapi sanggup menderma untuk menambah stok bagi sudut tersebut.

Asanul Fariq Bin Sani dan isterinya, Norhasyimah Bte Awaludin.
Asanul Fariq Bin Sani dan isterinya, Norhasyimah Bte Awaludin.

Kata wanita peramah itu, “Kita serahkan pada keselesaan mereka, ada yang ingin beli sendiri, ada pula beli secara online dan kedai hantar kepada kita. Ada sumbang wang tunai dan serahkan kepada kita untuk agihkan, ada juga hantar makanan seperti kebab yang dah dimasak.”

Tidakkah mereka bimbang meletakkan alamat rumah mereka di Facebook boleh menjejas privasi mereka?

“Kami nak membuka mata anak-anak kami supaya dapat memupukkan nilai-nilai murni pada mereka bahawa ada orang yang lebih susah dari kita.

“Bila mereka berjumpa dengan orang yang sangat memerlukan dengan latar belakang yang berbeza, saya harap anak-anak saya sedar bahawa tidak semua yang mereka pandang itu indah. Mungkin ada tersirat masalah di sebalik ketawa mereka yang memerlukan ini tanpa kita menghakimi.”

Katanya, semangat gotong-royong turut disemai apabila kesemua anak mereka turut membungkus barang-barang keperluan untuk diagihkan.

Pasangan yang berhati mulia itu akan merasa puas melihat sesiapa sahaja yang datang dengan tangan kosong akan pulang dengan senyuman.

Kata mereka, “Mungkin senyuman itu akan merebak ke keluarga mereka apabila mereka tunjuk barang-barang yang mereka bawa pulang dari rumah kami.”

Jelas Norhasyimah, mereka akan teruskan inisiatif itu selagi diberi kesihatan yang baik dan kewangan yang mantap. Tambahnya teruja, “Lebih-lebih lagi dengan izin Allah kita akan teruskan sampai bila-bila selagi terdaya. Kalau kita tak mampu, kita harap anak-anak kita akan meneruskannya.”

Semoga dipermudahkan inisiatif pasangan ini untuk meringankan beban golongan yang memerlukan di Singapura tanpa meletakkan sebarang syarat untuk penerima! - Getaran, 8 Ogos 2021

Semua gambar: Freda Hassan, kecuali tertera

Isu Pada

Aisyah Aziz Singkap Rahsia

07 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 42 minit yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im