web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedai Runcit Robotik Tanpa Tunai Dibuka Di Singapura

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 8:29PM

Sebuah kedai runcit berautomasi di Jurong West. - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penduduk di Singapura kini boleh membeli barang keperluan dengan bantuan robot.

Buat julung-julung kalinya, sebuah syarikat teknologi di Singapura, Viervlak, sudah melancarkan kedai runcit automasi di kawasan kejiranan.

Sebuah kedai runcit automasi di Jurong West beroperasi sepanjang masa dan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan.

Apabila bayaran digital sudah dibuat, robot di dalam mesin itu akan bergerak untuk mengambil barang yang dibeli dan kemudian memasukkannya ke dalam unit untuk mengeluarkannya.

Kedai runcit tersebut juga mempunyai ruang sejuk bagi menyimpan barangan seperti sayur dan susu segar.

Mesin-mesin di kedai itu boleh menampung sehingga 300 produk pada satu-satu masa termasuk barangan jagaan diri, beraneka minuman dan juga kudapan.

Pemiliknya, Viervlak, merancang mempunyai 50 kedai serupa di merata Singapura menjelang akhir 2022 dengan 20 unit dipasangkan menjelang hujung tahun ini.

"Kos operasi kami jauh lebih rendah berbanding kedai runcit biasa jadi kami boleh meletakkan harga lebih rendah bagi barangan kami dan meluaskan skala lebih pantas juga. Pada masa hadapan, kami akan memberi tumpuan kepada pertama, estet HDB. Kedua, institusi pengajian tinggi serta sesetengah taman perindustrian," kata Pengarah Viervlak Ray Chang.

Setakat ini, syarikat itu mempunyai dua lagi kedai seumpama itu di dua asrama pelajar. - CNA/NA/fz

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad