web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Kerjasama Dengan Malaysia, Perluas VTL Darat

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 11:08AM

Malaysia akan membuka sempadan mulai 1 April ini selaras dengan perancangan negara memasuki fasa 'Peralihan ke Endemik'. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk membenarkan pengembara yang lengkap menerima vaksin COVID-19 melintasi sempadan darat melalui mod pengangkutan lain.

CNA melaporkan Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) sedang “bekerjasama dengan rakan sejawatan di Malaysia untuk memperluas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat dengan cara yang selamat dan progresif, supaya lebih banyak aktiviti perdagangan, ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara dapat disambung semula."

"Kami akan berkongsi butiran lanjut bila sudah sedia," lapor CNA memetik kementerian itu.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan akan membuka semula sempadan negara pada 1 April selari dengan perancangan memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' 

Ketika mengumumkan perkara itu, Ismail Sabri berkata bagi negara yang masih menutup pintu sempadan, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kaedah VTL yang dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara terbabit.

Pada masa ini, VTL telah dilaksanakan dengan Singapura sejak 29 November tahun lepas, melibatkan kedua-dua laluan darat dan udara. 

Di bawah VTL darat, pengembara hanya dibenarkan berulang-alik antara republik itu dan Johor Bahru melalui perkhidmatan bas yang ditetapkan merentasi Tambak. - Bernama

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

oleh Sophia Ahmad