Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Menikmati Sajian Jepun Halal Bergred Premium Di Singapura

Di Omookase Yakiniku by Tomahawk King di Singapura, pelanggan boleh menikmati yakiniku halal dengan daging wagyu Jepun gred premium A5.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 8:56AM

Gambar: Instagram @tomahawk.king

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat pertama kalinya di Singapura, pelanggan boleh menikmati sajian Jepun bernama yakiniku dibuat dengan daging wagyu Jepun gred premium A5 halal di restoran Omookase Yakiniku by Tomahawk King

Nikmatilah hidangan ini sambil mendengarkan live streaming dari studio yang terdapat di restoran itu. Menarik dan sangat berlainan kerana pengalaman ini tidak ada di restoran halal lain di Singapura.

Restoran unik ini telah merancang untuk mengundang beberapa artis senior Melayu ke studio untuk sesi live streaming suatu hari nanti agar dapat menjadi daya tarikan pelanggan-pelanggan Melayu Islam di Singapura.

Kugiran persembahan 'live' di studio muzik di Omookase Yakiniku
Kugiran persembahan 'live' di studio muzik di Omookase Yakiniku

Yakiniku diperoleh daripada perkataan Jepun iaitu 'Yaki' bermakna panggang dan 'Niku' bermaksud daging. 

Negara Jepun dikenali dengan sajian yakiniku namun agak sukar mendapatkan yang halal di sana.

Penulis sempat menemui Bruce, pemilik restoran itu baru-baru ini yang menjelaskan bahawa restoran tersebut adalah yang pertama di Singapura yang menyajikan daging wagyu gred A5 dari Jepun. Katanya:

“Kami import seekor lembu untuk dapatkan sijil halal sebab di Jepun hanya ada 2 tempat penyembelihan. Setelah disembelih, ia dibawa ke sini jadi setiap hari cef akan menghirisnya agar pelanggan dapat nikmati bahagian daging wagyu yang berbeza.”

Gambar: Freda Hassan
Gambar: Freda Hassan

Jika tidak dibawa ke Singapura oleh pihak Bruce, pelanggan Islam perlu ke Jepun untuk menikmati daging wagyu termahal itu.

Mengapakah daging Wagyu gred A5 begitu istimewa dan sangat mahal?

Marbling wagyu A5 itu sendiri membuatnya istimewa, kandungan lemaknya dan rasanya adalah the best of the best, tak perlu seasoning langsung, tak perlu lada juga. Kami sediakan sos yakiniku yang terbaik juga,” terangnya.

Di restoran Omookase Yakiniku by Tomahawk King, pelanggan boleh panggang dan tentukan sendiri kelembutan daging wagyu sama ada well done, medium rare atau medium well mengikut cita rasa mereka.

Gambar: Omookase Yakiniku
Gambar: Omookase Yakiniku

Kongsi Bruce lagi, sajian daging halal wagyu gred A5 tersangat mahal harganya di Jepun dan restoran halal di Jepun pun terhad.

Beliau mengatakan sajian yakiniku di restorannya adalah sama atau lebih baik daripada Jepun berdasarkan maklum balas daripada pelanggan sendiri.

Kata Bruce:

“Kalau mereka nikmati wagyu premium di Jepun memang mahal. Ayam di restoran kami unik kerana kami season dengan lemak wagyu. Anda bayar SG$5.90 untuk dapatkan 300 gram ayam yang boleh dimakan dengan yakiniku kami.”

Gambar: Freda Hassan
Gambar: Freda Hassan

Set yakiniku berharga SG$128.68 tersebut lengkap dengan 300 gram daging Wagyu gred A5, sepinggan sayur, empat udang harimau serta hidangan nasi Jepun tanpa had.

Penulis sempat mencuba gelato wagyu mereka iaitu Wow-Gyu yang diperbuat daripada susu Hokkaido premium dan strawberi.

Kagum kerana gelato ini berupa daging wagyu. Hampir-hampir tertipu kerana pada mulanya memang sangkakan ia adalah daging wagyu!

Pemilik restoran itu mendakwa ia adalah gelato wagyu pertama di dunia! 

Kongsi Bruce:

“Di Jepun pun tiada gelato ini. Ia benar-benar kelihatan seperti wagyu.”

Untuk merasai sendiri halal yakiniku premium di Singapura, pelanggan boleh hubungi talian +65 87902242

Nama restoran: Omookase Yakiniku by Tomahawk King

Alamat : 324, Changi Road, Singapura

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Semasa 17 jam yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur