web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura: Bayi 2 Bulan, Antara Pesakit Termuda COVID-19

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 4:38PM

Aaisyah Humaira Muhd Firdaus - Gambar ihsan Siti Hawa Mohd Najib

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan, Aaisyah Humaira Muhd Firdaus, menjadi antara pesakit termuda yang dijangkiti COVID-19 di Singapura.

Bayi berkenaan bagaimanapun sudah bebas dari COVID-19 selepas 6 hari dirawat dan kini beransur sembuh di rumahnya.

Ibu bayi tersebut, Siti Hawa Mohd Najib berkata, dia bagaikan tidak percaya apabila dimaklumkan anaknya disahkan positif COVID-19.

"Sebenarnya Aaisyah dapat jangkitan dari kakaknya, Aqilah Shazwani, anak saya 12 tahun. Dua hari selepas Aqilah kena, dia mula rasa simptom-simptomnya. Selalu dia akan muntah.

"Tapi pada hari tersebut, malam sebelumnya dia mula muntah terlalu banyak. Itulah bila kita tengok macam eh, ini tak normal," jelas Hawa kepada Berita Mediacorp.

Hawa sekeluarga yang pada ketika itu menjalani perintah berkurung setelah Aqilah disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani program pemulihan di rumah. Dia kemudiannya menghubungi ambulans untuk membawa Aaisyah atau lebih manja dipanggil Aisy ke hospital.

"Aisy kena ambil darah kemudian buat lagi swab PCR. Jadi untuk budak-budak saya rasa terlalu kesian sebab ia masuk sampai ke dalam. Jadi saya pun ikut nangis sebab naluri seorang ibu saya rasa ini terlalu banyak untuk saya tangani," tambahnya.

Bayi itu dimasukkan ke unit jagaan rapi neonatal, tapi oleh kerana sangat kecil tiada ubat anti-COVID-19 dapat diberikan. Hawa sendiri turut disahkan positif kerana berjangkit dari bayinya.

"Hari-hari pertama, Aisy tidur sahaja, terlalu penat. Minum pun tak tentu. Macam masanya (minum) selalu setiap tiga jam, ia akan meleret sampai lima enam jam sebab dia tak ada rasa nak minum. Jadi dia lebih tidur dan merengek kerana agaknya badannya sakit, tekaknya sakit." katanya.

Kisah Aisy dengan cepat tular di media sosial selepas ibunya memuat naik satu catatan yang merayu orang ramai mendoakan anaknya.

"Kawan saya cakap marilah kita minta doa orang ramai. Kita minta satu Singapura doakan anak awak oleh kerana anak awak yang paling kecil yang kena mungkin, dia cakap begitu. Saya cakap ok saya buka page saya 'public'.

"Dan tak sangka selain minta doa, saya sedang meningkatkan kesedaran yang COVID benar-benar terjadi kepada keluarga kita juga," ujarnya.

Selain bimbangkan Aisy, Hawa juga risaukan keadaan anak-anaknya yang lain di rumah.

Mentelah lagi anak keduanya Aqilah dan suaminya yang juga positif COVID-19 terpaksa diasingkan di satu bilik. Dua lagi anaknya yang berusia 15 tahun dan 10 tahun yang tidak dijangkiti COVID-19 perlu menguruskan diri mereka sendiri selama tempoh tersebut.

Mujur ramai kaum keluarga dan sahabat-handai yang datang menghulurkan bantuan.

"Ramai sangat orang yang datang tolong bawa makanan, keluarga sendiri dan keluarga mertua. Bawa makanan sampai depan pintu dan gantungkan.

"Barang dapur dan barang pasar yang diberikan sahabat-sahabat terlalu banyak. Jadi kita rasa ramai orang yang prihatin," kata Hawa.

Mujur perjuangan Aisy untuk bebas COVID tidak lama. Selepas enam hari sahaja di hospital, Hawa dan Aisy disahkan bebas COVID dan dibenarkan pulang.

Cik Hawa, yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan semput cukup bersyukur mampu sembuh dengan cepat kerana sudahpun mendapat suntikan vaksin.

Sehingga kini Cik Hawa dan suami masih tidak tahu dari mana Aqilah dijangkiti COVID-19. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad