web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apple Watch Mangsa Langgar Lari Beri Notifikasi Kepada Teman Wanita, Panggil Ambulans

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 12:14PM

Peranti pintar Muhammad Fitri membantu memanggil ambulans buat dirinya yang kemalangan. - Gambar dari Mothership

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Peranti Apple Watch seorang penunggang motosikal memanggil untuk bantuan selepas dia terlibat dalam kemalangan di Singapura.

Muhammad Fitri, yang berusia 24 tahun, terjatuh daripada motosikalnya selepas berlanggar dengan sebuah van di Jalan Ang Mo Kio.

Apabila dia sedang terbaring, Muhammad Fitri melihat kenderaan itu meninggalkan tempat kejadian sebelum hilang kesedaran katanya kepada akhbar China Lianhe Wanbao.

Kemalangan tersebut berlaku di persimpangan Ang Mo Kio Avenue 6 dan Jalan Ang Mo Kio 31 pada petang 25 September, mengikut laporan itu.

Pihak polis mengesahkan yang kejadian diklasifikasikan sebagai langgar lari.

Fitri mula kembali sedar apabila paramedik tiba di lokasi kejadian.

Keluarga Fitri sedang mencari sesiapa yang menyaksikan kejadian dan mempunyai maklumat lanjut.

Fitri berkata peranti Apple Watchnya mengesan yang dia telah terjatuh dan menghantar mesej kepada kenalan kecemasan, yang termasuk teman wanitanya. Peranti itu juga memanggil ambulans.

Wanbao juga menambah yang orang ramai bercakap dengan teman wanita Fitri dan memberitahunya tentang apa yang terjadi.

 

Appeal for Witness Video/Witness passerby Hit and run case. Please assist if you have video footage of this accident or...

Posted by Tynaa Eynaa on Sunday, September 26, 2021

Dia dan ahli keluarga Fitri kemudian menyedari yang peranti pintar itu yang menghubungi mereka.

Keluarga Fitri berterima kasih kepada fungsi peranti pintar yang menyelamatkan nyawa anak mereka kerana keadaan jalan pada masa itu agak lengang.

Menurut Apple, model Siri 4 ke atas mampu untuk mengesan jika penggunanya jatuh.

Bila ia mengesan kejatuhan yang parah, ia akan memberi maklum balas kepada pengguna di pergelangan tangan, membunyikan penggera dan menunjukkan amaran di skrin.

Peranti pintar itu tidak akan memanggil perkhidmatan kecemasan jika ia mengesan pergerakan daripada pengguna.

Bagaimanapun, jika pengguna itu tidak bergerak untuk satu minit, peranti itu akan memanggil kenalan kecemasan yang disimpan dalam peranti itu dan menghantar mesej kepada mereka. Ia akan juga memanggil ambulans.

Beberapa peranti pintar lain juga mempunyai fungsi ini, termasuk Samsung Galaxy Watch 3 dan beberapa model jam dari jenama Garmin. - Mothership

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

3

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

4

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar