web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bosan Suami Dan Anak Di Penjara, Wanita Humban Barang Dari Flat

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 3:21PM

Poster mengenai larangan pembuangan sampah dari tempat tinggi, ditampal pada papan notis sebuah kawasan perumahan. - Gambar fail TODAY

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang wanita berusia 46 tahun dijatuhi hukuman penjara enam minggu kerana menghumban peralatan elektronik dan barangan lain ke luar tingkap flatnya di tingkat 12.

Maslina Ramlee mengaku bersalah melakukan tindakan melulu yang membahayakan nyawa manusia.

Mahkamah diberitahu Maslina berasa marah dan kecewa kerana perlu menghabiskan hari-harinya secara bersendirian di rumah kerana kedua-dua suami dan anak lelakinya berada dalam penjara.

Ini menyebabkan dia membuang lima pasu logam, sebuah unit pemprosesan pusat komputer (CPU), peralatan bunyi dan set Hi-Fi ke luar tingkap flatnya di Bishan pada Mac tahun lalu. Alamat blok itu digugurkan daripada dokumen mahkamah.

Semua barang itu terhempas di tingkat bawah dekat kawasan rumput dan laluan konkrit pejalan kaki yang digunakan oleh para penduduk untuk melakukan perjalanan ke satu sudut senaman berhampiran serta blok-blok berdekatan.

Meskipun barang-barang itu rosak teruk selepas dicampak, tiada sesiapa yang cedera dalam insiden yang berlaku pada pagi 8 Mac 2020.

Ketika itu, Senthuja Subramanian, seorang pekerja sosial berusia 28 tahun yang bekerja di sebuah pusat kegiatan warga emas berdekatan, terdengar bunyi kuat.

Apabila beliau keluar untuk melihat apa yang berlaku, beliau ternampak sebuah monitor komputer tersadai di kaki blok. Banyak barangan lain kemudian jatuh terhempas.

Senthuja terlihat Maslina membuang barang-barang itu dari tingkapnya dan menghubungi polis.

Di mahakamah, Timbalan Pendakwa Raya Andrew Chia menarik perhatian bahawa ketinggian dari mana Maslina membuang barang-barang itu berpotensi untuk membunuh sekiranya ia terkena mana-mana pejalan kaki. DPP Chia meminta hukuman penjara enam hingga lapan minggu, menurut laporan TODAY.

Beliau juga merujuk kepada satu kes pada 2015 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan masalah pembuangan sampah dari tempat tinggi "mesti segera dikurangkan dengan banyak" kerana kebanyakan penduduk Singapura tinggal di apartment atau flat tinggi.

Beliau menarik perhatian lanjut bahawa Maslina pernah melakukan kesalahan-kesalahan pada 2000 dan 2008 namun tidak menjelaskan lebih lanjut dalam dokuman mahkamah.

Maslina boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,500 atau kedua-duanya sekali.

Dia akan memulakan hukuman penjaranya pada 8 September dan buat masa ini bebas dengan diikat jamin sebanyak S$3,000. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad