web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pokok Itu Saya Yang Potong - Mohd Amir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:26PM

Kayu balak yang dipotong oleh Mohd Amir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - “Saya yang potong pokok itu,” tegas Mohd Amir Faizal Mohd Zaki, 43.

Pengesahan dibuat beliau itu sekali gus menjawab tuduhan netizen yang mendakwa tragedi kepala air dan tanah runtuh di Gunung Jerai baru-baru ini berpunca daripada aktiviti pembalakan haram.

Ia susulan penyebaran sekeping foto di media sosial yang memaparkan sebatang pokok dengan kesan ditebang, sejurus selepas tragedi itu berlaku.

Dalam pengakuan kepada Getaran, Mohd Amir berkata, dia tidak menyangka batang kayu tersebut boleh dijadikan sebagai modal oleh pihak tertentu untuk mereka cerita hingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan banyak pihak.

Menceritakan kisah sebenar, bapa empat anak itu memberitahu, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat maklumat mengenai bencana berkenaan bagi menghulurkan bantuan, Rabu lalu.

“Setibanya di Jambatan Sungai Tupah berdekatan Markas Latihan Luar, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA) di situ, saya lihat terdapat pokok yang merintangi jambatan tersebut hingga menyebabkan laluan terhalang.

“Malah pada ketika itu, ada ambulans yang terpaksa berpatah balik dan mengikuti laluan lain semata-mata bagi mengambil pesakit di seberang jambatan. Disebabkan itu, saya mengambil inisiatif untuk memotong pokok tersebut menggunakan gergaji mesin yang sememangnya ada dalam kenderaan,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Amir Faizal Mohd Zaki
Mohd Amir Faizal Mohd Zaki

Nama Mohd Amir sememangnya tidak asing bagi penduduk dan petugas barisan hadapan di bandar ini, kerana sering terlibat dalam kerja kesukarelawanan bagi membantu komuniti setempat.

Ia termasuk kerja membantu mangsa kemalangan, menangkap ular, menghalau lebah serta mencari orang hilang menggunakan dron.

Mohd Amir memberitahu, kenderaan miliknya sedia dilengkapi dengan pelbagai peralatan kecemasan, malah turut memiliki pasukan khas dikenali sebagai Skuad Sungai Petani.

Skuad berkenaan katanya, bertindak sebagai first responder dalam memberi bantuan awal kepada mangsa sementara menanti kedatangan petugas kecemasan.

“Ada yang mempertikaikan bagaimana saya boleh memotong pokok itu sedangkan gergaji mesin digunakan bersaiz kecil tetapi sebenarnya ia bergantung kepada kemahiran masing-masing,” katanya, tersenyum.

Usaha memotong pokok terbabit tambahnya, turut mendapat bantuan daripada penduduk setempat yang membantu mengalihkan batang pokok tersebut.

Mengulas mengenai foto yang tular, Mohd Amir berkata, terdapat dua batang kayu dalam gambar tersebut dengan bahagian hujungnya memiliki corak potongan sama, jika perhatikan secara teliti.

“Itu bukti bahawa pokok itu dipotong saya sendiri. Saya amat berharap janganlah ada mana-mana pihak cuba membesarkan perkara ini sebagai bahan untuk mencetuskan pergaduhan.

“Ini masanya untuk kita bersatu menghadapi bencana dan bukan berpecah-belah sesama sendiri,” katanya. - Getaran 20 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad