web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksinasi Kurang 50 Peratus, Peniaga Kecewa Tak Dibenar Beroperasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 2:58PM

Kedai aksesori kereta antara 11 jenis aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 PPN.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang kemudiannya ditukar kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN), hampir semua perniagaan sudah membiasakan diri beroperasi dengan norma baharu.

Majoriti pengusaha perniagaan ini menarik nafas lega, apabila pendapatan yang terjejas sejak PKP 1.0 bermula Mac tahun lalu kembali bernyawa dan kantung kembali terisi.

Walaupun pelbagai syarat dan prosedur operasi standard (SOP) terpaksa dipatuhi, mereka tidak kisah asalkan perniagaan dapat beroperasi semula. 

Tetapi, langit tidak selalunya cerah apabila Jun lalu, sekali lagi kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP buat kali ketiga dan perkhidmatan bukan keperluan utama (non-essential services) kembali diarahkan tutup. 

Masuk bulan ketiga, kerajaan seperti memberi sinar baharu apabila mula membenarkan 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran beroperasi di negeri fasa 1 PPN, tetapi tertakluk kepada syarat tertentu, antaranya pengambilan vaksin yang perlu mencapai tahap 50 peratus di setiap negeri ini. 

Pening dan keliru, itu antara yang dirasai pengusaha perniagaan di negeri ini.

Johor sememangnya berada di fasa satu apabila kerajaan melaksanakan PPN, tetapi pada masa sama, kadar vaksinasi negeri masih belum mencapai 50 peratus.

 Akibatnya, kumpulan pengusaha ini kembali berkeluh-kesah apabila perniagaan yang dijalankan terbantut buat kesekian kalinya.

Pemilik kedai aksesori kereta, Muhammad Anis Mirza Rozi, 25, selepas masuk tiga bulan tidak dapat beroperasi, dia amat mengharapkan kerajaan dapat memberi kebenaran tanpa syarat walaupun perlu mematuhi SOP yang ketat. 

“Sebenarnya, saya kurang setuju apabila kebenaran pembukaan 11 aktiviti ekonomi ini bergantung kepada peratusan pengambilan vaksin. 

“Kedai aksesori kereta seperti saya ini, bukanlah satu penyumbang utama kepada peningkatan wabak ini malah statistik juga ada menunjukkan ia banyak datang dari sektor perkilangan,” katanya kepada Getaran.

Katanya, penutupan ekonomi yang dilakukan seharusnya turut melibatkan sektor perkilangan, apatah lagi ia pastinya sesak dengan pekerja.

“Berbeza dengan kedai saya, hanya memiliki enam atau tujuh pekerja sahaja.

“Beri sahaja kebenaran buka kedai dengan SOP yang ketat pun tidak mengapa dan jika pengusaha perniagaan langgar SOP, kita sedia bertanggungjawab,” katanya. 

Muhammad Anis turut meluahkan kebimbangan untuk operasi perniagaan itu tertangguh beberapa bulan lagi jika ditentukan oleh kadar vaksinasi.

“Sekarang Johor baru 20 peratus lebih (kadar vaksinasi), nak cecah 50 peratus, ia mungkin entah berapa bulan lagi. Kami nak masuk tiga bulan tidak boleh operasi, bukan kami sahaja, siapa yang terbabit pun sudah pasti amat terkesan, apa lagi kalau ditambah beberapa bulan lagi,” luahnya. 

Katanya, sebelum ini banyak sektor dibenarkan beroperasi sebelum PKP 3.0, namun tidak pula mencatatkan peningkatan kes menerusi 11 aktiviti ekonomi dinyatakan, dan senario itu seharusnya boleh diambil kira.

“Kita pernah dibenarkan buka sebelum ini, walaupun ketika itu wabak masih ada, tetapi kita mampu kawal operasi kita, kita ikut semua SOP,” katanya. 

Dia yang pada mulanya menarik nafas lega mengakui keliru apabila menerima notis memaklumkan perniagaan diusahakan itu masih belum dibenarkan beroperasi. 

“Mula-mula keliru juga, tidak faham ingatkan kebenaran beroperasi itu sudah dikuatkuasa, tetapi tanya kawan yang bertugas di pihak berkuasa tempatan (PBT), baru dapat tahu Johor memang di fasa 1 tetapi peratusan vaksin belum mencapai 50 peratus,” katanya. 

Namun, walaupun teruk terjejas, kerana perlu membayar gaji pekerja, sewa kedai selain komitmen lain, Muhammad Anis Mirza yang baru memulakan perniagaan UV Kool Tint Specialist Pasir Gudang itu setahun lalu, tidak terfikir untuk gulung tikar, sebaliknya hanya mengharap kerajaan lebih memandang serius tentang apa yang dialami pengusaha perniagaan seperti mereka. 

Mohd Tarmizi Dan
Mohd Tarmizi Dan

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Negeri Johor, Mohd Tarmizi Dan berkata, segala pemakluman tentang pengoperasian 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 PPN itu sudah jelas dinyatakan menerusi kenyataan media Perdana Menteri Interim, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Ogos lalu. 

Katanya, rakyat hanya perlu merujuk kepada mana-mana pemberitahuan oleh agensi terbabit atau mengikuti setiap perkembangan di Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, bagi mengelakkan segala salah faham khususnya berkaitan peratusan vaksin dan peralihan status fasa.  

“Boleh rujuk kenyataan Perdana Menteri Interim kerana sudah jelas memaklumkan 11 aktiviti ekonomi yang dinyatakan boleh dibuka kepada negeri Fasa 1 yang mencapai status vaksinasi 50 peratus.

“Saya dimaklumkan setiap PBT juga sudah mengedarkan notis pemberitahuan bahawa Johor masih belum berada dalam kategori yang dinyatakan, bermakna kebenaran itu masih belum terpakai bagi perniagaan terbabit di negeri ini,” katanya ketika dihubungi. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad