web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


16 Individu Terbabit Lumba Haram Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 9:45PM

Polis memeriksa sebuah kenderaan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Ulu Sibuga, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Seramai 16 individu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan lumba haram, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata, kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Ulu Sibuga di sini.

Menurut beliau, pihaknya turut mengeluarkan 14 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi berkenaan.

"Turut ditahan ialah dua pemandu bersama penumpang yang memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Mohd Azhar berkata, 12 lagi individu yang turut ditahan berdepan siasatan di bawah Seksyen 81(3) APJ 1987 kerana mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan atau ujian kelajuan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi.

“Mereka juga akan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), selaras dengan Peraturan 17(1) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya. – Getaran, 16 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 3 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad