web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Seludup Pendatang, Warganegara Tempatan Diberkas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 8:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU : Gara-gara cuba menyeludup keluar 28 pendatang asing tanpa izin Indonesia, seorang penduduk tempatan berdepan hukuman penjara 15 tahun, selepas diberkas dalam Op Serkap di Kilometer 38, Jalan Lahad Datu di sini, kelmarin.

Suspek yang ditahan menerusi sekatan jalan raya pada jam 9 malam itu dikatakan cuba menyeludup semua imigran berkenaan, dengan menyembunyikan mereka di bahagian belakang treler dipandunya.

Seorang suspek menyeludup pendatang asing tanpa izin ditahan JIM dalam Op Serkap di Lahad Datu, kelmarin
Seorang suspek menyeludup pendatang asing tanpa izin ditahan JIM dalam Op Serkap di Lahad Datu, kelmarin

Difahamkan, lelaki berusia 39 tahun itu sedang dalam perjalanan ke Tawau, bagi membolehkan kesemua pendatang tanpa izin itu menggunakan jalan laut untuk pulang ke negara asal mereka.

Pergerakan suspek bagaimanapun berjaya dihidu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lahad Datu yang membuat intipan dan mengekori treler tersebut dari Jalan Asam, di sini sehingga ke lokasi kejadian.

Suspek yang cuba berlagak seperti biasa bagaimanapun mula bertindak agresif dan berusaha melarikan diri sebaik menyedari kehadiran JIM.

Situasi itu mencetuskan sedikit pergelutan, namun ketangkasan JIM dengan bantuan pihak berkuasa berjaya membawa kepada penahanan suspek.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin ketika dihubungi Getaran hari ini, mengesahkan penahanan suspek.

"Hasil pemeriksaan, kami berjaya menemui 28 warga Indonesia bersembunyi di bahagian belakang treler bersama beg pakaian dan barangan peribadi mereka.

"Pemandu treler itu akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pemeriksaan lanjut ke atas imigran warga Indonesia berkenaan mendapati 25 daripadanya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tiga lagi individu didapati memiliki dokumen yang telah tamat tempoh dan kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Kesemua suspek dibawa ke Pusat Kuarantin Transit Dewan Tun Datu Haji Mustapa untuk tindakan lanjut. – Getaran, 17 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad