web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilang Kitar Semula Terbakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:06AM

Sebuah kilang kitar semula plastik terbakar di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebuah kilang barangan kitar semula plastik di kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dekat sini, yang mengalami kebakaran malam ini, kini dalam keadaan terkawal. 

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata kebakaran yang berlaku sebelum pukul 9 malam itu, sudah dapat dikawal namun proses pemadaman sepenuhnya akan mengambil masa kerana melibatkan barangan plastik.

“Kami sudah kawal api daripada marak ke bangunan sebelah dan api semakin mengecil sekarang. Alhamdulillah buat masa ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan para pekerja di bangunan tersebut dipercayai berjaya menyelamatkan diri. Proses pemadaman kini giat dijalankan.

 “Buat masa ini saya tidak boleh nak bagi maklumat lanjut lagi. Seramai 60 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi pemadamanan yang memusnahkan 90 peratus premis kilang itu,” katanya ketika dihubungi  Bernama.

Norazam berkata demikian bagi mengulas ringkas berhubung perkembangan situasi kebakaran di kawasan Pelabuhan Klang itu selepas tular di Facebook rakaman video 20 saat berhubung insiden berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad