web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penerima Vaksin Lengkap Nikmati Kemudahan, Kelonggaran Pergerakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 6:27PM

Aktiviti ‘dine-in’ adalah dibenarkan untuk kepada individu yang menetap di negeri Fasa 2 dan seterusnya. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang sudah melengkapkan suntikan vaksinasi COVID-19 akan menikmati kemudahan dan kelonggaran pergerakan, berkuat kuasa Selasa ini.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, kemudahan terbabit diberikan kepada pengembara warganegara yang mahu menjalani kuarantin di rumah, sebaik pulang dari luar negara.

Menurut beliau, ia turut mencakupi penduduk bukan warganegara yang memiliki kediaman di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing, manakala ibu bapa turut mempunyai pelepasan berbuat demikian untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

“Kerajaan bersetuju supaya aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah yang sudah menerima vaksinasi lengkap, namun garis panduan serta kebenaran semasa adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.

“Setiap kemudahan diumumkan ini terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara,” katanya pada Pengumuman Khas Perdana Menteri, hari ini.

Kemudahan bagi sektor sosial akan dibenarkan kepada individu yang menetap di negeri Fasa 2 dan seterusnya, membabitkan pergerakan merentas negeri, aktiviti ‘dine-in’, sukan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta aktiviti pelancongan dalam negeri sama.

Muhyiddin berkata, individu yang merentas kawasan dan ‘dine-in’ perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 lengkap kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya (SJR) serta premis.

Aktiviti sukan dan riadah, katanya, perlu dilakukan di kawasan terbuka (outdoor), termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam.

“Aktiviti ‘dine-in’ di restoran atau kafe di club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in, manakala operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis ini tidak dibenarkan.

“Aktiviti turut dibenarkan adalah joging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, menunggang kuda, memanah, mendaki, tenis (individu), badminton (individu), golf, pemotoran dan seumpamanya,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata individu hanya diiktiraf sebagai penerima vaksinasi lengkap apabila memenuhi kriteria ditetapkan.

“Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac), individu berkenaan mestilah sudah melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan kedua.

“Manakala, bagi vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah sudah melepasi hari ke 28 dari tarikh suntikan,” katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan, kerajaan tidak akan teragak-agak menarik semula kemudahan dan kelonggaran diberikan sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Jika berlaku jangkitan di premis, Kementerian Kesihatan (KKM) akan segera mengambil langkah sewajarnya, termasuk melakukan penilaian semula risiko dan tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan terbabit, selain mengeluarkan kompaun kepada pihak berkaitan.

“Kemudahan ini adalah bukti kepercayaan kerajaan bahawa rakyat sudah menerima vaksinasi lengkap boleh membuat penimbangan risiko kendiri rasional dan bijaksana dalam menghadapi ancaman virus COVID-19 yang kini sudah berleluasa dalam komuniti kita,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad