Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Permohonan Muhyiddin Dapatkan Pasport Secara Kekal

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 12:53PM

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi semasa menolak permohonan Muhyiddin berkata, adalah pramatang untuk mahkamah mengubah syarat jaminan kerana Ahli Parlimen Pagoh itu juga masih menghadapi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram.

“Selepas meneliti dan mendengar hujahan pihak-pihak terlibat, mahkamah berpendapat tertuduh (Muhyiddin) perlu mengemukakan alasan yang kukuh melainkan untuk tujuan cuti dan rawatan,” kata hakim itu sambil menambah Muhyiddin boleh memohon pasport sementara dan beliau tidak akan diprejudis.

Pada 16 Oktober, Muhyiddin memfailkan permohonan itu atas alasan beliau memerlukan pasport untuk percutian keluarga di London dan pemeriksaan kesihatan di Singapura pada akhir tahun ini.

Peguam Datuk Seri K. Kumaraendran yang mewakili ahli politik itu kemudian memohon supaya pasport itu dikembalikan hari ini kerana anak guamnya akan memulakan percutiannya pada 15 Disember.

Memandangkan permohonan itu tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, mahkamah kemudian membenarkan pasport itu dikembalikan buat sementara kepada Muhyiddin hari ini dan mengarahkan dokumen perjalanan itu dikembalikan kepada mahkamah sebelum 15 Januari 2024.

Muhyiddin hadir di mahkamah hari ini.

Pada 2 Oktober lalu, Muhyiddin memfailkan permohonan supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Muhyiddin berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lalu terhadap satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama terhadap keputusan itu dan pendengaran rayuan ditetapkan pada 28 dan 29 Februari 2024. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Politik 16 jam yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

2

Semasa 1 hari yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

3

Semasa 3 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Sukan 9 jam yang lalu

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Kedutaan AS Sangkal Kenyataan Gilley, Malaysia Selamat Untuk Dilawati

oleh Wartawan Getaran