web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Spanco: Muhyiddin Akan Dipanggil Bantu Siasatan Jika Ada Keperluan - Azam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 5:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan dipanggil jika terdapat keperluan bagi membantu siasatan berhubung penganugerahan kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan kepada
Spanco Sdn Bhd (Spanco).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata beliau tidak pernah menafi atau menolak dakwan sama ada Ahli Parlimen Pagoh itu akan dipanggil berhubung kes tersebut.

"Saya hanya buat kenyataan apabila ditanya sama ada beliau (Muhyiddin) akan dipanggil, saya tidak menafikan (dan) tidak menolak, tetapi bergantung kepada pegawai penyiasat SPRM, itu perkara biasa apabila kita buat kenyataan.

"Sebab itu saya katakan dua hari lepas, kalau ada keperluan pegawai penyiasat akan panggil beliau (Muhyiddin) seperti mana beberapa saksi lain yang telah dipanggil termasuk bekas Menteri Kewangan," katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Mersing dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah di sini hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di laman Facebooknya menafikan beliau terlibat dalam sebarang salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan kepada Spanco.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata SPRM akan membuat semakan Notis Merah terhadap menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan Notis Merah kepada Interpol terhadap Muhammad Adlan, 48, dan peguamnya Mansoor Saat, 69, pada Oktober tahun lepas.

"Itu saya belum dapat maklumat lagi, SPRM akan semak lagi dengan pihak Interpol. Buat masa sekarang, tunggu dia (Muhammad Adlan) kembali ke negara ini untuk pertuduhan di mahkamah.

"Usaha masih dijalankan, SPRM juga telah memohon kepada PDRM untuk disenaraikan sebagai orang dikehendaki oleh Interpol. SPRM masih berusaha, bukan dia seorang, tetapi juga peguamnya," katanya.

Pada 22 Februari lepas, Azam dilapor mengesahkan siasatan pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan Muhammad Adlan sudah selesai namun sehingga kini beliau belum dapat dikesan dan masih tidak pulang ke tanah air setelah meninggalkan Malaysia pada Mei tahun lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran