web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepimpinan Melalui Tauladan, Ke Mana Hilangnya Adab Generasi Muda?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 12:50PM

Penulisan dan pertuturan perlu ditunjukkan pemimpin bagi memastikan perilaku terpuji itu dicontohi golongan muda. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istilah kepimpinan melalui tauladan sama ada menerusi tingkah laku, penulisan dan pertuturan perlu ditunjukkan pemimpin bagi memastikan perilaku terpuji itu dicontohi golongan muda.

Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan serta Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha, masing-masing nyata tidak berkompromi dalam aspek ini, apabila sepakat menekankan kepentingan memperkukuh nilai adab dalam kalangan generasi moden.

Resah melihat nilai nan satu kian terhakis, adab bukan lagi nilai utama diberi perhatian oleh golongan berkenaan, tatkala berkomunikasi sesama sendiri, biarpun sekadar melalui tulisan.

Gaya bahasa jelik dan jijik menjadi rencah, susun atur bicara yang biadab merajai suasana, lantas membuatkan kita tertanya-tanya, ke mana hilangnya sopan serta susila.

Kecelaruan ini malangnya tidak hanya terhad sesama rakan sebaya, apabila interaksi tanpa sopan santun Itu turut berlaku antara mereka dan golongan lebih berusia.

Awang bagaimanapun dengan lebih diplomasi berkata, satu kebiadaban dilakukan tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras buat anak muda, kerana masih ada yang menjunjung kemas ketertiban apabila berbicara.

Awang Sariyan
Awang Sariyan

Katanya, menerusi pemerhatiannya ketika mengendalikan media sosial, masalah tidak peka kepada bahasa dalam komunikasi turut membabitkan kalangan dewasa yang gagal menjaga kesopanan apabila obsesi terhadap politik dan faktor berkaitan menguasai kewarasan fikiran.

“Ada beberapa sebab membawa kepada penggunaan bahasa kurang baik, antaranya pertama, persekitaran, terutama situasi media yang kian terbuka dalam berbahasa, termasuk membabitkan sistem seperti tatabahasa dan kesantunan. Ini kerana sebahagiannya mengejar populariti dalam persaingan stesen radio atau televisyen.

“Kedua sikap sebahagian generasi muda yang ingin bebas daripada norma biasa, termasuk dalam penulisan dan pertuturan, manakala ketiga, pendidikan keluarga yang kurang menitikberatkan penggunaan bahasa dengan baik,” katanya kepada Getaran.

Pendidikan formal yang kurang berkesan juga jelas beliau, boleh menjadi punca apabila sistem sedia ada lebih berorientasikan peperiksaan dan kurang menggunakan bahasa dalam perhubungan luas untuk pelbagai suasana serta keperluan.

Mengulas apakah pendekatan wajar digunakan bagi membolehkan keadaan dialami generasi muda itu diatasi, Awang berkata, sistem pendidikan perlu memberi fokus ke arah melahirkan generasi terdidik, berbanding terpelajar, khususnya dari aspek bahasa.

Jelasnya, semua bahasa di dunia mempunyai sistem pendidikan untuk keperluan rasmi dan akademik, di sebalik kegunaan seharian.

Beliau berkata, ibu bapa juga harus memainkan peranan besar dalam menerapkan kepentingan dan penggunaan bahasa betul berlandaskan adab yang tepat.

“Media perlu menyeimbangkan aspek populariti dengan tanggungjawab sosial, termasuk menjadi teladan dalam penggunaan bahasa baik dan santun.

“Golongan dewasa patut menunjukkan teladan berbahasa yang baik untuk ikutan anak muda kerana ketika ini, saya dukacita menyaksikan hal sebahagian individu bertaraf pemimpin gagal mengawal kesopanan tutur kata dan tingkah lalu itu dipancarkan melalui media,” katanya.

Sementara itu, Jufitri berkata, segelintir generasi muda dikesan tidak mempunyai adab ketika berkomunikasi kerana kurang memiliki kemahiran kemanusiaan.

Jufri Joha
Jufri Joha

Keadaan itu, katanya, didorong faktor persekitaran dan penggunaan teknologi, tambahan atas pengaruh media sosial yang menyebabkan mereka banyak menggunakan perkataan dipendekkan.

Jufitri berkata, kemahiran kemanusiaan itu semakin terhakis apabila anak muda lebih banyak berinteraksi menerusi media sosial dan gajet, terutama ketika negara berdepan pandemik COVID-19.

“Tidak seperti dahulu, banyak anak muda terlibat dengan persatuan dan lebih menjalankan aktiviti fizikal, zaman ini, terutama ketika pandemik sekarang, kebanyakan aktiviti terkait dengan digital,” katanya.

Ditanya apakah keadaan ini harus mencetuskan kebimbangan, Jufitri berkata, perkara itu sememangnya harus dikhuatiri kerana sebagai pelapis rakyat masa depan, mereka mempunyai nilai kemahiran kemanusiaan yang semakin menipis untuk memelihara adab komunikasi masyarakat tempatan.

Situasi itu, katanya, dapat dilihat jelas menerusi cara netizen dalam golongan terbabit mengekspresikan perasaan menerusi ulasan dan respons di media sosial yang adakala menyakitkan hati, tidak bersopan dan tiada adab dalam melontarkan perbezaan pandangan.

Di sebuah negara bebas bersuara seperti Malaysia, jelasnya, masyarakat digalakkan menyatakan perbezaan pandangan namun ia harus disampaikan dengan beradab.

“Mahu menunjukkan protes tiada masalah namun perlu disampaikan menerusi saluran baik dan sesuai dengan keadaan. Ini adalah sikap yang sudah semakin hilang, terutama dalam generasi muda.

“Saya lihat ‘common sense’ generasi muda pun sudah hilang kerana sepatutnya adab berbahasa ini ‘common sense’, kita kena hormat ketika menulis atau bertutur, tidak mencarut, tidak menggunakan perkataan kesat dan kasar serta menghormati orang lain,” katanya.

Menurut Jufitri, dalam menangani permasalahan itu, semua pihak, termasuk guru, pengurusan sekolah, keluarga, pemimpin masyarakat dan kepimpinan atasan rakyat harus menunjukkan contoh yang baik.

“Pemimpin politik kena tunjuklah tauladan baik, mempertahankan rukun negara, iaitu kesopanan dan kesusilaan, supaya bila kita nak didik orang muda tak adalah nanti mereka kata orang atas boleh buat jadi apa kita nak jawab.

“Pemimpin harus ada jiwa mendidik, mereka lupa bahawa mereka adalah role model (tauladan) dan pendidik terbaik, justeru perlu tunjuk contoh yang baik,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Diminta Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Kempen

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jaga Adab, Akhlak Ketika Di Jalan Raya - Mohd Na’im

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Ziarah Aidilfitri, Ini Panduan Boleh Diikuti…

4

TARA 3 tahun yang lalu

Adab Menyambut Hari Raya, 15 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 minit yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad