web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Ziarah Aidilfitri, Ini Panduan Boleh Diikuti…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 8:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri sudah menjadi amalan tradisi masyarakat Malaysia, bukan sahaja bagi meraikan bulan istimewa itu dan mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga memperkukuhkan kemesraan serta keharmonian antara masyarakat majmuk di negara ini.

Sambil berziarah dan menikmati hidangan, saat itu membolehkan masyarakat berbual mesra serta bertanya khabar secara bersua yang lebih bermakna.

Bagaimana, nilai baik yang boleh disumbangkan menerusi amalan itu, berisiko ‘cacat’ sekiranya individu tidak mematuhi panduan dan adab diperlukan.

Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli berkata, bagi amalan kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri, Islam menyediakan garis panduan sempurna boleh diikuti umatnya bagi memastikan aspek memelihara silaturahim tidak dipandang mudah.

Katanya, ada perkara sering diabaikan segelintir masyarakat, seperti penyusunan program yang memerlukan mereka mengambil kira perkara sebelum, semasa dan selepas berziarah.

Walaupun amalan kunjung-mengunjung adalah perkara biasa dan selalunya tuan rumah bersedia menerima tetamu, apa harus difikirkan masyarakat adalah mereka juga memerlukan waktu berehat, masa bersendiri bersama ahli keluarga serta melaksanakan perkara penting, seperti bersolat.

“(Justeru), minta izin atau memaklumkan kepada tuan rumah sebelum bertandang ke kediaman mereka. Namun, ia bergantung kepada uruf, iaitu apa yang disenangi dan menjadi kebiasaan kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan.

“Hormati tuan rumah, tidak berkelakuan kurang sopan serta pastikan memakai pakaian sesuai dan sopan, agar tidak menyebabkan suasana tidak selesa dalam rumah,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.  

Mohd Anuar berkata, tetamu dan tuan rumah juga harus memastikan mereka berkomunikasi dengan mengelakkan isu sensitif seperti politik, rumah tangga sesiapa serta topik menjatuhkan maruah orang, selain ‘mengumpat’, sehingga menyebabkan ada pihak terguris hati.  

Jelasnya, ibu bapa yang membawa anak kecil ketika bertandang, perlu memantau pergerakan mereka, agar tiada insiden yang menyebabkan kerosakan harta benda tuan rumah.

“Nikmatilah minuman dan juadah makanan dihidangkan tanpa banyak kerenah, di samping tidak masuk ke kawasan privasi tuan rumah, seperti dapur atau bilik tidur tanpa kebenaran.  

“Berziarahlah dalam tempoh masa tidak terlalu lama, jangan sampai sehingga menimbulkan ketidakselesaan dan kegelisahan kepada tuan rumah.

“Minta izin tuan rumah jika ingin menggunakan tandas. Bertemu dengan tuan rumah sebelum pulang dan mengucapkan terima kasih di atas layanan diberikan,” katanya.

Mengulas mengenai adab perlu dijaga tuan rumah pula, Mohd Anuar menegaskan, tetamu perlu diraikan dengan senyuman dan dalam keselesaan, agar mereka tidak berasa kekok ketika bertandang.  

Ujarnya, tuan rumah seharusnya tidak memilih bulu dalam melayani tetamu sama ada berdasarkan status sosial mahupun pangkat.

Malah, tuan rumah perlu mengelakkan komunikasi berbaur negatif, menyakitkan hati dan mengundang dosa, di samping menjamu tetamu dengan minuman serta juadah bersesuaian dengan kemampuan.

“Tetamu membawa berkah dalam kehidupan. Dengan itu, sewajarnya mereka dimuliakan dengan layanan baik.

“Kehadirannya adalah peluang kepada tuan rumah untuk meraih pahala,” katanya. - Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 14 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad