web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ziarah Pusara Anak, Bapa Ditimpa Malang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 8:40AM

Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas ditimpa sebatang pokok ketika menziarahi kubur anaknya di kawasan tanah perkuburan di Chenderong Balai, di Teluk Intan, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Hasrat seorang lelaki menziarahi kubur anaknya bertukar menjadi tragedi apabila dia cedera ditimpa pokok di sebuah kawasan tanah perkuburan di Chenderong Balai, di sini, malam tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 40 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan selepas pokok berkenaan yang dibakar terjatuh dan menimpanya.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Wan Mohamed Zakari Wan Mohamed Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.41 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi, mangsa didapati sudah terbaring selepas ditimpa pokok tumbang.

“Dia sebelum itu dikatakan menziarahi pusara anaknya, sebelum pokok yang dibakar itu tumbang, menyebabkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” katanya di sini.

Wan Mohamed Zakari berkata, anggota kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan.

Operasi ditamatkan jam 9.17 malam tadi.  – Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad