web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin COVID-19: Kerajaan Sediakan Lima Kaedah Pendaftaran

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 2:42PM

Tan Sri Muhyiddin meneliti isi kandungan buku panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas melancarkannya di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di negara ini.

Menurut Buku Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan VaksinCOVID-19 (JKJAV) hari ini, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.

Bagi pendaftaran secara manual pula, terdapat tiga kaedah yang membolehkan orang ramai mendaftar iaitu dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta, atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas SMS," demikian menurut buku itu.

Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama, merangkumi 18 langkah.

Bagaimanapun, bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital akan diberikan, manakala penerima vaksin jenis dua dos proses tamat di Langkah 18.

Berikut adalah proses vaksinasi COVID-19:

Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)

Langkah 2 : Terima tarikh janji temu

Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 5: Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 6: Konsultasi dan mengisi borang kebenaran

Langkah 7: Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)

Langkah 8: Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 9: Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)

Langkah 10: Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) COVID-19

Langkah 11: Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)

Langkah 12: Hadir ke PPV

Langkah 13: Saringan suhu dan gejala

Langkah 14: Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 15: Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)

Langkah 16: Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 17: Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual)

Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan.

Individu yang mengalami kesan sampingan suntikan boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com.

Sementara itu, sehingga hari ini, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin wabak itu.

Menurut buku berkenaan, daripada lima pengeluar vaksin itu, Pfizer-BioNTech telah memperoleh kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Jan lepas, manakala empat calon vaksin COVID-19 masih sedang diproses untuk kelulusan NPRA.

Bekalan vaksin daripada lima pembekal itu akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat bermula Februari tahun ini dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran PBKD.

Vaksin dua dos merangkumi vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) dan CanSinoBIO, manakala vaksin satu dos daripada Sputnik V. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar