web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan #LAWAN Capai Sasaran Penganjuran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 2:48PM

Kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan #LAWAN di ibu kota dengan peserta kebanyakannya golongan muda yang berpakaian serba hitam. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan #LAWAN yang dianjurkan di ibu kota dengan menjadikan Dataran Merdeka sebagai lokasi sasaran berjaya menghimpunkan hampir 1,000 peserta.

Perhimpunan bermula jam 11 pagi itu majoritinya melibatkan penyertaan golongan muda yang berpakaian serba hitam sebagai tema utama gerakan dilancarkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat ini.

Peserta turut membawa `bungkusan mayat' sebagai tanda protes dan simbolik kematian akibat COVID-19. - Gambar Sadiq Asyraf
Peserta turut membawa `bungkusan mayat' sebagai tanda protes dan simbolik kematian akibat COVID-19. - Gambar Sadiq Asyraf

Tinjauan Getaran di lokasi mendapati, peserta perhimpunan dikawal oleh ‘Marshall’ dan berjaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, termasuk menggunakan pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang ia berlangsung.

Acara sekitar sejam tersebut dipenuni dengan laungan tidak puas hati peserta terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), dan ia turut disuarakan menerusi beberapa sepanduk yang dibawa.

Peserta juga meletakkan beberapa bungkusan berbalut kain putih, sebagai simbolik kepada nyawa yang terkorban diragut pandemik COVID-19.

Turut diadakan ketika perhimpunan adalah nyanyian lagu Negaraku dan lafaz ikrar Rukun Negara, melambangkan tanda hormat dan rasa patriotik pada negara.

Amir Abd. Hadi
Amir Abd. Hadi

Pengasas Bersama Parti Ikatan Demokratik (MUDA), Amir Abd Hadi berkata, perhimpunan berkenaan membawa tiga tuntutan utama terhadap kerajaan PN, didahului dengan desakan agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Katanya, mereka juga menuntut Parlimen bersidang sepenuhnya dan pemberian  moratorium automatik tanpa syarat.

“Perhimpunan hari ini adalah permulaan. Jika mereka percaya dengan menangkap dan menekan rakyat akan menghentikan semua ini mereka silap.

“Jika kerajaan masih gagal untuk memenuhi tuntutan rakyat ini, saya pasti akan ada lagi perhimpunan sebegini diadakan pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan #LAWAN bersurai.

Perhimpunan berkenaan bersurai pada jam 12.30 tengah hari, sebagai mematuhi arahan arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan kerana melanggar peraturan ditetapkan, iaitu berhimpun dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa peserta perhimpunan mematuhi SOP, termasuk pemakaian pelitup muka.

“Kita akan memanggil penganjur untuk membantu siasatan kerana berhimpun adalah satu kesalahan mengikut Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Bagaimanapun perhimpunan yang disertai oleh hampir 400 individu ini berlangsung dengan aman,” katanya. - Getaran, 31 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad