Berita Terkini

3 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 3 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 3 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 3 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 3 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


Kes Rogol Dalam Lokap: 11 Pegawai Kanan Rendah Kena Tindakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 8:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelas pegawai kanan dan rendah polis akan dikenakan tindakan tatatertib berikutan laporan kes rogol di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak, Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya.

Beliau berkata kesemua mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana didapati gagal serta cuai menjalankan tugas.

“Tindakan tatatertib ini akan diambil oleh JIPS (diturunkan pangkat atau dibuang kerja),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Zamri berkata pihaknya menerima dua laporan polis iaitu laporan pertama dibuat oleh seorang anggota polis yang melibatkan kejadian rogol, manakala laporan kedua dibuat oleh mangsa rogol yang mendakwa kejadian itu berpunca daripada kecuaian polis.

“Kedua-dua kertas siasatan yang dibuka telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan dituduh,” katanya.

Zamri berkata seorang lelaki berumur 19 tahun dituduh di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 12 Jan, manakala bagi laporan kedua pula, kedua-dua anggota polis yang bertugas menjaga lokap itu ditahan kerja bermula 14 Jan dan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada 9 Feb.

“JIPS telah menjalankan siasatan tatatertib bagi menyiasat kecuaian dan salah laku dalam kejadian itu,” katanya.

Pada Januari lepas, Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau mendedahkan satu laporan dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di lokap balai berkenaan.

Sementara itu Zamri berkata JIPS memandang serius beberapa dakwaan kejadian gangguan seksual melibatkan petugas sekatan jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan tegas daripada sudut jenayah dan tatatertib akan diambil terhadap semua yang terlibat jika didapati bersalah.

“Kesemua yang terlibat telah dikeluarkan daripada menjalankan tugas SJR sehingga siasatan selesai,” katanya.

Semalam, tular di media sosial seorang wanita dalam ciapan Twitternya mendakwa mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Duta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ayob Khan Pengarah Baharu JSJ Mulai 16 April

2

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 27 Individu Jadikan 4 Unit Rumah Tempat Edar Dadah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Bekas Tentera Pukul Ibu Kerana Dadah, Ditahan

4

Semasa 3 hari yang lalu

Janji Palsu Scammer Terbongkar, 3 Termasuk Wanita Asing Dicekup

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

SPRM Teliti Dakwaan Kempen PRU-15 PN Dibiayai Syarikat Perjudian

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 hari yang lalu

Ayob Khan Pengarah Baharu JSJ Mulai 16 April

Semasa 13 jam yang lalu

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Penyanyi Fugees Jalani Perbicaraan Berkaitan Skandal 1MDB

oleh Wartawan The Vibes