web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Maut, Kereta Terbakar Selepas Terbabas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 10:29PM

Anggota bomba sedang memadamkan sebuah kereta yang terbakar di Jalan Kampung Colombia, Ayer Tawar, Perak, petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANJUNG - Dua maut apabila kereta yang dinaiki terbakar, selepas terbabas di Jalan Kampung Colombia, Ayer Tawar, di sini, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua mangsa, sepasang lelaki dan wanita berusia 51 dan 43 tahun maut di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.32 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Sitiawan ke Ayer Tawar.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik serta pokok di tepi jalan.

"Anggota yang tiba kemudiannya mendapati kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam, manakala kenderaan itu pula sudah terbakar,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa jelas jurucakap itu lagi, diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 6.18 petang selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya. - Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad