web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Timbalan Pengerusi KRT Maut Ditembak Rakan Baik Sendiri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 8:33PM

Seorang lelaki yang juga Timbalan Pengerusi KRT di Taman Raya, Wakaf Tapai, maut selepas ditembak rakan sendiri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG- Seorang Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) maut dipercayai ditembak rakan baiknya sendiri hari ini.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan anak saudara mangsa yang berusia 45 tahun cedera di bahagian dada. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu kira-kira jam dua petang, sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi iaitu di Taman Raya, Wakaf Tapai di sini.

"Maklumat diterima menyatakan ada kejadian tembak melibatkan seorang lelaki Cina yang mati di tempat kejadian.

"Manakala seorang lagi lelaki Cina berumur 45 tahun pula cedera parah dipercayai ditembak di bahagian dada dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada media di sini.

Rohami berkata, suspek yang juga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menembak mangsa, Fong Swee Fuan berusia 65 tahun dengan menggunakan senapang patah milik RELA.

"Suspek yang juga seorang lelaki berbangsa Cina berusia 57 tahun melepaskan dua das tembakan.

"Dia turut mengancam untuk melakukan sebanyak mungkin pembunuhan sebelum membunuh diri, menggunakan baki 75 butir peluru yang dimiliki," katanya.

Menurut beliau, suspek melarikan diri selepas kejadian namun berjaya diberkas pada jam 4.20 petang di sekitar kawasan kebun di Durian Mentagau, Dungun.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan meminta bantuan saksi untuk tampil membantu siasatan," katanya.

Sementara itu adik mangsa, Fong Swee Heng, 59, berkata, dia masih terkejut dengan insiden tersebut, apatah lagi suspek adalah rakan baik abangnya yang dikenali sejak kecil.

Pemilik kedai emas itu memberitahu, abangnya yang juga bekas Ketua Bahagian MCA Marang itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

"Saya memang ada di kawasan sini dan mendengar dua bunyi letupan, tapi beranggapan ia adalah mercun pada mulanya.

"Apabila mengetahui abang ditembak, saya bergegas ke lokasi dan terserempak dengan suspek di pertengahan jalan. Suspek sempat memberitahu saya bahawa dia telah menembak abang sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda," katanya. - Getaran, 23 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 minit yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad