web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Maut, Isteri Sesak Nafas Rumah Terbakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 8:36AM

Seorang lelaki maut dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Kampung Padang Tembak, Kampar, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan rentung manakala isterinya sesak nafas dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Padang Tembak, di sini, malam tadi.

Difahamkan, mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Busir Ghazali berusia lingkungan 50-an manakala isterinya Ngah Dimah Tamin berusia 60-an.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, ketiga-tiga rumah berkenaan masing-masing mengalami kemusnahan sebanyak 90, 80 dan 40 peratus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.48 malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar bergegas ke lokasi kejadian.

Seorang anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Kampung Padang Tembak, malam tadi.
Seorang anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Kampung Padang Tembak, malam tadi.

Katanya, sebaik tiba anggota mendapati tiga rumah sedang dijilat api sebelum bantuan dari BBP Tapah dipanggil untuk membantu memadam kebakaran yang mula merebak.

“Kebakaran mengakibatkan seorang lelaki ditemui mati rentung manakala isterinya terpaksa dibawa ke hospital kerana sesak nafas.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepasa polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, operasi memadam kebakaran kemudiannya ditamatkan jam 3.33 pagi selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya. - Getaran, 23 Julai 2021
 

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 minit yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad