web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Datuk Seri' Ditahan, Dipercayai Tipu Pelakon Popular

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 11:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ dan dipercayai menipu seorang pelakon popular bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penyambungan tender pembersihan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berumur 26 tahun itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan akan diserah kepada IPD Sentul esok untuk siasatan lanjut.

“Semalam, polis terima satu laporan daripada seorang pelakon lelaki popular bergelar Datuk selepas menjadi mangsa tipu urusan penyambungan tender pembersihan dengan DBKL.

“Pelakon itu berkenalan dengan seorang lelaki tempatan yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk Seri dan menawarkan tender projek pembersihan daripada DBKL,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelakon itu diminta untuk membayar satu peratus daripada nilai harga tender projek sebagai cagaran. 

Setelah persetujuan dibuat, mangsa memindahkan sejumlah wang sebanyak RM18,100 ke dalam akaun peribadi suspek.

“Setelah pembayaran dibuat, mangsa menghubungi suspek bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tawaran projek itu namun pelbagai alasan diberikan,” katanya.

Beh berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dan sentiasa berhati-hati dengan segala bentuk tawaran projek. 

“Orang ramai juga boleh menghubungi CCID Response Center melalui talian 03-26101559/1559 jika mempunyai sebarang keraguan mahupun untuk maklumat berkenaan kegiatan jenayah komersial,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad