web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19 Dorong Pesara Jururawat Kembali Tabur Bakti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:17PM

Sukarelawan pemberi vaksin yang juga pesara jururawat Hee Kim Lan menunjukkan botol vaksin kepada penerima suntikan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - “Jika diikutkan selepas bersara, saya mahu luangkan masa bersama keluarga dan berehat sahaja selepas berpuluh tahun bekerja.

“Namun apabila melihat situasi semasa COVID-19, saya terpanggil untuk kembali menyumbang tenaga dan bersama- sama membantu,” kata pesara jururawat Hee Kim Lan, 57.

Naluri seorang jururawat yang masih menebal membuatkan Kim Lan rela menabur bakti, walaupun pada mulanya hasrat itu menerima tentangan suami.

“Apabila melihat situasi COVID-19 yang setiap hari semakin bertambah dan petugas jumlahnya selain petugas kesihatan yang semakin lesu, ia menyemarakkan keinginan untuk membantu walaupun sekadar bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Suami yang pada mulanya melarang juga akhirnya bersetuju selepas saya jelaskan niat sebenar,” katanya yang bersara wajib Januari lalu.

Menurut bekas Ketua Penyelia Jururawat Hospital Melaka itu, keputusan tersebut sekurang- kurangnya dapat mengurangkan tenaga jururawat yang mungkin lebih diperlukan di hospital atau klinik kesihatan lain.

“Walaupun setiap hari saya berdepan dengan bermacam ragam dan gelagat individu yang ingin menerima suntikan vaksin, ia langsung tidak membebankan malah menghiburkan hati.

“Selagi mampu dan ada kudrat, saya akan terus berbakti kepada negara, kerana naluri seorang jururawat itu sentiasa sedia untuk berkhidmat,” katanya yang bertugas di program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Kompleks Japerun Machap Jaya.

Kim Lan yang cakna dengan isu semasa memberitahu, beliau sentiasa mengambil pendekatan untuk menunjukkan picagari digunakan kepada peserta, apatah lagi isu vaksin ‘palsu’ sedang hangat diperkatakan.

“Sebelum memberi suntikan saya akan tunjukkan terlebih dahulu jarum serta kuantiti vaksin kepada penerima, sekurang- kurangnya dapat meredakan kegusaran mereka.

“Selepas suntik juga saya sekali lagi akan tunjukkan picagari yang kosong sebagai bukti penerima telah disuntik dengan dos diperlukan bagi membuktikan mereka sudah disuntik.

“Setakat ini rata-rata penerima berpuas hati,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran