web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Sedia Laksana Sidang DUN Secara Hibrid Jika Keadaan Memerlukan - Amirudin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 4:23PM

Amirudin Shari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedia mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) secara hibrid sekiranya situasi COVID-19 sukar dikawal khususnya dengan penularan varian baharu COVID-19 dalam negara.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata jika terdapat keperluan bagi tujuan itu, beliau akan mengusulkan pindaan akta atau enakmen atau meminda peraturan dewan yang berkaitan di awal persidangan secara fizikal supaya persidangan secara hibrid dapat dilaksanakan secara sah.

“Selepas pindaan diluluskan, kita akan meneruskan sidang DUN secara hibrid dalam usaha kita untuk mengelakkan penularan COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Amirudin berkata ujian saringan COVID-19 kepada yang akan terlibat dengan persidangan DUN bakal dijalankan dalam jangka masa terdekat selain hanya petugas sidang DUN serta pengamal media yang lengkap menerima dua dos vaksin sahaja dibenarkan bertugas di sana.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata kerajaan negeri juga selesai menjalankan satu sesi libat urus bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan serta pembangkang yang dijalankan secara webinar bagi membincangkan perkembangan inisiatif Pakej Kita Selangor.

Beliau berkata perbincangan itu juga turut melibatkan kemungkinan pindaan kepada belanjawan negeri terutamanya jika melibatkan pertukaran peruntukan sesebuah agensi.

Media sebelum ini melaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang DUN Selangor yang mula bersidang pada 23 Ogos hingga 6 September depan.

Menurut Amirudin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah memberi perkenan baginda bagi tujuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2021 dan turut berkenan berangkat serta mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan sidang DUN pada Isnin, 23 Ogos depan.

Sidang dewan kali ini mengikut format sidang biasa yang mempunyai sesi soal jawab dan perbahasan dan bukan sekadar sidang khas dengan kawalan tatacara pengendalian piawai dan memfokuskan kepada usaha kerajaan negeri menangani penularan wabak COVID-19, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran