web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin Palsu, Siasatan Menyeluruh Sedang Berjalan - CITF

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 6:31PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan menyeluruh berhubung dakwaan suntikan vaksin ‘kosong’ sedang dijalankan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bersama pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia susulan beberapa video yang tular di media sosial, memaparkan petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak menyuntik penerima dengan dos sepatutnya.

Dalam video itu, jarum picagari dilihat terbenam dalam kulit penerima, tetapi dos vaksin yang sepatutnya diterima tidak dimasukkan.

Perlakuan itu jelas kelihatan pada semua rakaman video berkenaan, sehingga menimbulkan panik pada orang ramai yang mula ragu-ragu dengan vaksin diterima.

Jurucakap CITF berkata, pihaknya memandang berat semua dakwaan tersebut yang jelas menyalahi peraturan ditetapkan.

“Polis telah menerima beberapa laporan orang awam mengenai suntikan vaksin kosong di beberapa PPV, dan siasatan sedang dijalankan atas pihak yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Turut dikatakan terbabit dalam insiden tersebut ialah PPV Kem Lapangan Terbang di Sungai Petani, Kedah.

“Suntikan vaksin dilaksanakan petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem berkenaan dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan pihak ATM.

“Semua individu berkaitan telah dipanggil untuk memberi penjelasan dan difahamkan, tindakan tatatertib juga sudah diambil terhadap petugas berkaitan,” tegasnya.

CITF turut menerima dua lagi dakwaan insiden berkaitan, membabitkan PPV Mitec dan PPV Pusat Konvensyen Bangi Avenue.

“Di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC), dakwaan mengenai suntikan palsu ini telah dibuat semalam dan laporan polis turut dibuat oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (HCO) terbabit.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan sebarang perkembangan mengenai perkara ini akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa berkenaan,” katanya.

Menurut CITF, perkhidmatan petugas yang terlibat dalam insiden berkenaan akan ditamatkan serta merta, malah tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang juga akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah.

“Seperti mana prosedur operasi standard (SOP), setiap petugas vaksinasi perlu menunjukkan picagari yang berisi vaksin kepada penerima sebelum suntikan dilakukan.

“Orang ramai juga disarankan untuk melihat picagari tersebut sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi menambah keyakinan bahawa dos dan suntikan telah diberikan seperti yang sepatutnya,” tegas CITF.

Dalam perkembangan lain badan itu menegaskan, inisiatif walk-in di Kuala Lumpur dan Selangor pada 1 Ogos nanti dikhususkan untuk penerima yang tercicir dan masih belum menerima tarikh untuk janji temu masing-masing selepas tempoh dinyatakan.

Inisiatif berkenaan katanya, bukan untuk orang ramai yang sudah menerima tarikh janji temu.

“Contoh golongan yang belum mendapat janji temu ini adalah mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan, seperti yang diterangkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin pada 16 Julai lalu.

“Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat dan sesiapa belum berbuat demikian tanpa sebarang kekangan, juga digalakkan untuk mendaftar secepat mungkin,” katanya. - Getaran, 19 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad