web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelonggaran Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Diumum Selepas Aidiladha - TPM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 12:03PM

Ismail Sabri melancarkan program MINDEF Prihatin di Wisma Pertahanan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran kepada individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 selepas Hari Raya Aidiladha, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara itu sedang diteliti jawatankuasa teknikal bagi memastikan jenis kelonggaran yang akan dibenarkan kepada golongan itu.

“Kita juga sedang mengkaji sektor perniagaan mana yang boleh dilonggarkan. Perkara ini kita sedang teliti,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan inisiatif MINDEF Prihatin di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Ketika ditanya nasib mereka yang tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, mengenai cadangan menaikkan kompaun kepada kilang yang melanggar SOP, Ismail Sabri berkata kadar itu tertakluk kepada pindaan Ordinan Darurat.

Beliau berkata di bawah Ordinan Darurat, kerajaan sebelum ini telah menaikkan kompaun RM1,000 di bawah Akta 342 kepada RM50,000.

“Darurat akan tamat pada 1 Ogos ini dan kita (kompaun) akan kembali kepada RM1,000,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan melancarkan program ‘MINDEF Prihatin’ bagi membantu meringankan beban anggota dan veteran tentera yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata sumbangan daripada anak syarikat Kementerian Pertahanan, Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) dan sektor perbankan akan diagihkan dalam bentuk makanan asas serta ditempatkan di masjid untuk kegunaan mereka yang terjejas.

“Program ini kita luaskan bukan sahaja kepada anggota tetapi juga veteran dan orang ramai yang menghadapi kesusahan. Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu rakyat bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada program jiwa murni dan kita sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad