web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Selangor Hubungi Wisma Putra Percepat Urusan Jenazah Warga Asing

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 3:35PM

Amirudin juga berkata yang pihaknya sedang mengaturkan kenderaan jenazah untuk mempercepatkan usaha membawa keluar mayat daripada hospital. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Kerajaan Selangor telah menghubungi Kementerian Luar Negeri semalam dalam usaha mempercepatkan proses pengesahan jenazah atau mayat warga asing COVID-19 khususnya di tiga hospital di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia susulan banyak jenazah atau mayat COVID-19 yang tidak dapat diuruskan dengan cepat terutama di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang; Hospital Shah Alam dan Hospital Sungai Buloh.

“Semalam saya telah berhubung dengan Kementerian Luar dan menteri yang terbabit maklum dengan hal berkenaan dan akan cuba menyelesaikan (isu tersebut). Ini kerana sebahagiannya (mayat atau jenazah) bukan warganegara perlu dapat pengesahan daripada pihak kedutaan.

“Kita akan cuba mempercepatkan proses itu sebab (ada jenazah atau mayat) yang terpaksa ambil masa satu minggu hingga sebulan, terpaksa disimpan di bilik mayat sebelum pengesahan dapat dilakukan untuk proses pengebumian,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Vaksinasi COVID-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu Amirudin berkata pihaknya juga sedang mengaturkan kenderaan jenazah dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mempercepatkan usaha membawa keluar mayat atau jenazah COVID-19 dari bilik mayat hospital.

Semalam, beliau mengumumkan inisiatif Pengurusan Jenazah COVID-19 Berpusat iaitu satu usaha kerajaan negeri untuk menyingkatkan urusan dalam mengurangkan kesesakan jenazah dan mayat di beberapa hospital di Selangor.

Amirudin dalam kenyataan berkata inisiatif berkenaan akan melibatkan urusan jenazah COVID-19 di tiga hospital sama ada muslim dan bukan Islam iaitu Hospital Shah Alam, Hospital Sungai Buloh dan HTAR.

Amirudin berkata bagi inisiatif itu, Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam dan Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Pelabuhan Klang dipilih bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19 beragama Islam manakala bagi yang bukan Islam, mangsa yang berkenaan akan dirujuk ke PBT untuk tujuan pengebumian serta pengurusan krematorium yang bersesuaian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 3 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad