web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Tempatan Bangun Kit Ujian Kendiri COVID-19, Miliki Tahap Sensitiviti Tinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 3:09PM

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama MeDKAD, Ezuan Yaacob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejenis kit ujian kendiri Rapid Antigen yang direka untuk mengesan jangkitan COVID-19 bakal diperkenalkan di Malaysia setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dijadualkan akan menembusi pasaran pada 19 Julai nanti, kit ujian kendiri yang dikenali sebagai SALIXIUM COVID-19 ini dibangunkan MeDKAD SdnBhd (MedKAD).

Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak, berkata, SALIXIUM COVID-19 adalah produk buatan Malaysia yang pertama menggunakan kaedah melalui sampel calitan air liur atau hidung.

“SALIXIUM mengguna pakai teknologi imunokromatografi untuk mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 di dalam spesimen swab air liur dan hidung.

“Ujian mudah ini mengambil masa dari 10 hingga 15 minit untuk keseluruhan proses dan hasil ujian dilihat daripada kawasan garis ujian yang mengesahkan kehadiran antigen.

“Ia boleh digunakan oleh makmal perubatan atau pekerja kesihatan bagi ujian tempat rawatan (point-of-care) dan ujian kendiri oleh umum di rumah,” katanya.

Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak
Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak

Menurut beliau, sebanyak 242 sampel swab calitan air liur/hidung diuji dengan SALIXIUM dan hasil kajian dibandingkan dengan spesimen diuji menggunakan real-time RT-PCR yang diluluskan FDA Emergency Use.

“Berdasarkan kepada perbandingan tersebut, hasil ujian menunjukkan bahawa ukuran sensitiviti SALIXIUM adalah 91.23% dan ukuran spesifikasi adalah 100% - iaitu hasil yang amat mengagumkan bagi kit ujian kendiri.

“Kit ujian ini juga berjaya melepasi penilaian berdasarkan hasil ujian makmal yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Kajian juga telah dijalankan bagi menilai tahap pemahaman untuk menjalankan ujian menggunakan kit ujian kendiri di rumah.

“Hasil kajian responden menunjukkan tahap pemahaman adalah baik dan responden juga bersetuju bahawa arahan penggunaan adalah jelas dan mudah difahami, calitan air liur dan hidung untuk sampel swab juga boleh diambil dengan mudah, manakala interpretasi hasil ujian adalah jelas,” tambahnya.

MeDKAD ditubuhkan pada tahun 2016 dengan misi memperkasa sebuah ekosistem kesihatan yang adil dan berfaedah.

Salixium
Salixium

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama MeDKAD, Ezuan Yaacob menjelaskan, pihaknya memiliki saintis dan pakar perubatan sendiri yang bukan sahaja hebat, malah boleh bekerjasama dengan institusi kajian dari dalam atau luar negara demi memastikan keberkesanan produk.

“Selain Malaysia, kami merancang untuk menembusi negara-negara lain di Asia, Eropah dan Timur Tengah. SALIXIUM juga telahpun digunakan dengan meluas di Perancis, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu terutamanya di Dubai,” katanya.

Beliau menarik perhatian, objektif utama syarikatnya adalah  untuk memastikan agar kit ujian kendiri ini boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia, efektif dari segi kos dan dapat menghasilkan keputusan dengan pantas.

“Kami masih di dalam proses mendapatkan pensijilan Halal bagi SALIXIUM.

“Walaubagaimanapun, kit ujian ini telah disahkan bebas dari sebarang bahan berasaskan khinzir, dan tidak mengandungi sebarang kesan DNA haiwan oleh Halvec Laboratories Sdn Bhd.

“Kit ujian ini adalah pertahanan peringkat pertama dalam usaha memerangi ancaman pandemik yang masih berlarutan.

“Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai SALIXIUM, orang ramai boleh menghubungi pada e-mel [email protected],” ujarnya. - Getaran, 17 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad