web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aplikasi Sugarbook Perlu Disekat - Ahmad Marzuk

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2021 5:57PM

Ahmad Marzuk Shaary. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dakwaan pembabitan mahasiswa dalam kegiatan tidak bermoral melalui aplikasi ‘Sugarbook’  perlu disekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata sekiranya perkara itu benar berlaku, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat khususnya pengendali aplikasi tersebut.

"Ini satu perkara yang sangat mendukacitakan kita dan saya sudah sebut bahawa pihak kerajaan akan mengenakan tindakan yang lebih keras dan tegas terhadap mereka yang terbabit.

"Aplikasi itu juga perlu dihalang daripada digunakan di negara kita kerana ia boleh mendorong rakyat melakukan perkara yang tidak betul, melanggar undang-undang dan hukum syarie," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Musaadah COVID-19 kepada lebih 80 pemandu teksi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ahmad Marzuk diminta mengulas mengenai peningkatan jumlah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini yang didakwa menggunakan aplikasi itu untuk mencari 'sugar daddy'.

Katanya, pihaknya akan menyerahkan siasatan perkara itu kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata statistik menunjukkan seramai 12,705 pelajar IPT berdaftar dengan aplikasi Sugarbook yang disifatkan bertentangan dengan hukum Islam.

Beliau turut berkata berdasarkan rekod, terdapat peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran pengguna baharu aplikasi itu akibat desakan hidup sewaktu pandemik COVID-19 yang masih lagi menular di seluruh dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Covid-19: IPT Diminta Tunggu Arahan, Nasihat KKM - Zambry

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Garis Panduan Konsert Di IPT: Pembabitan MPP Penuhi Aspirasi Mahasiswa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MPP, Kesatuan Mahasiswa Perlu Terlibat Rangka Garis Panduan Konsert di IPT 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad