web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


83 Peratus Rakyat Johor Sudah Daftar Untuk Vaksinasi COVID-19 - TMJ

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 8:44PM

Tunku Ismail mencemar duli melawat Hospital Permai untuk memeriksa proses pengedaran vaksin COVID-19 ke PPV di negeri ini. - Gambar dari Facebook Crown Prince of Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 83 peratus rakyat di negeri ini telah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19, titah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini.

Justeru, Tunku Ismail mahu bilangan pusat pemberian vaksin (PPV) dan pegawai-pegawai perubatan ditambah bagi mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri ini, selain proses logistik pengedaran vaksin ke PPV di Johor turut dipercepatkan supaya bekalan vaksin sentiasa mencukupi.

“Sukacita ingin saya maklumkan bahawa 83 peratus Bangsa Johor telah berjaya mendaftar untuk menerima vaksin dan bagi mereka yang belum, saya ingin menyeru kepada anda untuk mendaftar secepat mungkin.

“Saya ulangi, jika imuniti kelompok dapat dicapai, maka pemulihan ekonomi Johor dapat bermula,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook rasminya HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor berkenan mencemar duli melawat Hospital Permai untuk memeriksa proses pengedaran vaksin COVID-19 ke PPV di negeri ini.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mempercepatkan program vaksinasi di semua daerah di Johor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu OKU Diserang Mahukan Keadilan, Kata Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pihak Berkuasa Digesa Siasat, Tindakan Menyalahi Undang-Undang Tidak Dibenarkan - Tunku Ismail

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TMJ Dilantik Pemangku Sultan Johor Esok

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar