web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TMJ Dilantik Pemangku Sultan Johor Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 8:18PM

Tunku Ismail Ibrahim - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan di Istana Bukit Serene di sini esok.

Istiadat yang bakal berlangsung pada 10 pagi di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene itu akan berlangsung di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan disaksikan oleh paduka anakanda lain.

Turut dijangka hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Pelantikan itu dibuat susulan keberangkatan Sultan Ibrahim yang akan bersemayam di Istana Negara, Kuala Lumpur mulai 31 Januari ini bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun.

Tunku Ismail, 39, yang diputerakan pada 30 Jun 1984 di sini, merupakan putera sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah daripada enam paduka anakanda.

Sebelum pelantikan itu, baginda yang meminati sukan polo dan bola sepak telah beberapa kali diamanahkan menjadi Pemangku Raja dengan kali terakhir pada 16 Jun 2022 ketika Sultan Ibrahim berehat seketika daripada menjalankan tugas serta mentadbir Johor.

Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sejak 16 Februari 2012, telah mendirikan rumah tangga dengan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor pada 24 Oktober 2014.

Pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata terdiri daripada dua putera dan dua puteri iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

'Padang Ini Perlu Lebih Masa, Akan Terkopak Semasa Perlawanan' - TMJ

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bina Perisai Manusia Lindungi Keluarga, 'Ini Pengalaman Terburuk Dalam Hidup Saya' - TMJ

3

Semasa 3 tahun yang lalu

TMJ Kongsi Terserempak Buaya Ketika Berenang

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bukan Duit Kontraktor! Gaji Pemain JDT Dibayar Penaja, Saya Dan Ayahanda

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 12 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad