web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Bukti Kukuh, KKM Tidak Bercadang Laksana Pemberian Vaksin Campuran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 8:02AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksanakan pemberian dua jenis vaksin COVID-19 kepada seorang penerima berikutan tiada data kukuh mengenai kaedah itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga tidak menerima sebarang data, laporan atau bukti daripada syarikat pembuat vaksin mengenai kaedah campuran vaksin yang berjaya mengawal jangkitan COVID-19.

“Kita masih memerhatikan keadaan ini (campuran vaksin) kalau ada keperluan untuk melaksanakannya. Buat masa ini, tiada keperluan lagi.

“Terutama kalau campur vaksin barat dan timur contoh seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, tiada bukti lagi ia berjaya,” katanya dalam sidang media khas di sini semalam.

Beliau berkata KKM tidak boleh mengesyorkan kaedah itu jika tiada bukti kerana perlu memastikan pemberian vaksin yang selamat kepada orang ramai.

“Jika ada kajian baharu, kita boleh nasihatkan sama ada boleh campur vaksin atau tidak,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Thailand bakal memberikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca sebagai suntikan dos kedua kepada individu yang menerima Sinovac sebagai dos pertama, yang merupakan sebahagian daripada strategi imunisasi negara itu.

Dr Noor Hisham juga berkata kadar vaksinasi negara perlu ditingkatkan sehingga ke tahap 40 peratus bagi mengurangkan atau melandaikan kes baharu jangkitan COVID-19.

Beliau berkata ia perlu dilaksanakan segera kerana pada masa ini, Malaysia berada dalam tempoh kritikal susulan jangkitan kes yang meningkat kepada lima angka.

Katanya kadar vaksinasi yang tinggi juga mampu mengelakkan jumlah kematian tinggi seperti di United Kingdom iaitu satu kematian bagi setiap 50 orang pada Januari ketika penduduknya tidak divaksinasi.

“Setelah divaksinasi, angka kematian adalah satu bagi setiap 1,000 orang dan ada juga penurunan kemasukan ke hospital.

“Penting bagi kita mendapatkan vaksin sekarang bagi mengurangkan kemasukan ke hospital dan ICU (Unit Rawatan Rapi),” katanya sambil menambah setakat ini, kadar vaksinasi negara ialah 11.3 peratus.

Dr Noor Hisham berkata pemberian vaksin juga terbukti dapat mengurangkan kesan teruk dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata selepas enam minggu pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa dua iaitu melibatkan warga emas, komorbid dan orang kurang upaya, didapati kemasukan ke wad bagi pesakit 60 tahun dan ke atas semakin berkurangan.

“Sebaliknya, peningkatan kita lihat pada usia muda dan mereka yang belum divaksin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar