web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Dera Bella, Rumah Bonda Disita - JKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 8:28AM

Bella diperlakukan dengan kejam, badannya penuh dengan kesan luka termasuk kesan lecur dipercayai disimbah atau ditekap dengan benda panas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyita Rumah Bonda, yang dikaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak istimewa kelainan upaya Sindrom Down yang dikenali sebagai `Bella'.

Menurut Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh, tindakan berkenaan diambil selepas rumah kebajikan itu didapati tidak berdaftar dengan JKM.

''Kita telah ambil langkah proaktif yang mana kita mendapati Rumah Bonda ini telah melakukan pelanggaran syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai sebuah pusat jagaan. Tindakan sita ini kekal sehinggalah adanya perintah mahkamah untuk membukanya semula,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Kisah Bella mendapat perhatian apabila seorang wanita, Mona Din mendedahkan mengenai penderitaan kanak-kanak berkenaan apabila badannya dipenuhi dengan luka penderaan yang begitu parah, termasuk kesan lecur, dipercayai disimbah atau ditekap dengan sejenis benda panas.

'Hampir setiap hari dia dibelasah tanpa belas kasihan, dikurung di bahagian belakang rumah tanpa baju dan hanya mengenakan lampin pakai buang. Manusia jenis apakah ini?” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Mona memberitahu, kisah keji melatari kehidupan Bella mula diketahui selepas anak itu dijangkiti COVID-19, yang memaksa dia menerima rawatan segera.

Susulan itu juga, kisah Bella kini trending di media sosial dengan kempen #JusticeForBella telah dilancarkan oleh netizen, yang mendesak supaya pelaku kejam itu menerima hukuman setimpal.

Sehingga pagi ini, ia telah ditwit semula sebanyak 102,000 kali. 

Dalam pada itu, Che Samsuzuki berkata, sekiranya Rumah Bonda mahu meneruskan operasi, mereka harus mendapatkan kelulusan daripada bomba, Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sebelum permohonan untuk beroperasi dibuat dengan JKM.

Beliau juga memaklumkan, kes berkaitan Bella diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. - Getaran, 13 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran