web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenderaan Perkhidmatan Awam Diberi Lanjutan Had Usia Setahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 2:56PM

Gamba hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memberikan perlanjutan satu tahun secara automatik bagi kenderaan perkhidmatan awam yang telah dan akan mencapai had usia dibenarkan sebagaimana ditetapkan dalam syarat pelesenan.

Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata perlanjutan itu diberi kepada kenderaan perkhidmatan awam yang telah atau akan mencapai had usia dibenarkan antara 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini, selain telah menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk layak serta selamat beroperasi.

Ka Siong berkata langkah itu bagi membantu sektor pengangkutan awam khususnya pemilik teksi, bas sekolah dan bas persiaran mengharungi waktu sukar ketika ini disebabkan pandemik COVID-19.

“Keputusan untuk memberi tempoh perlanjutan ini dibuat kerana memahami ramai pemandu dan operator kenderaan perkhidmatan awam berdepan dengan kesukaran untuk menggantikan kenderaan mereka ketika tempoh mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua kelas kenderaan perkhidmatan awam di bawah bidang kuasa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan bagi Sabah dan Sarawak layak mendapat perlanjutan berkenaan.

Ka Siong berkata keputusan berhubung tempoh perlanjutan untuk bas persiaran dan pelancongan turut diselaraskan dengan aspek pelesenan pengendali pelancongan, selain pelesenan bas pelancongan serta persiaran di Sabah, Sarawak dan Labuan yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).

Beliau berkata keputusan perlanjutan secara automatik dibuat susulan rundingan dan pertemuan antara kementerian dan wakil-wakil industri serta persatuan.

Mereka termasuk Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia (PMBOA),  Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPSM), Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (GTSM), Koperasi Melayu Teksi Pulau Pinang, Persatuan Teksi India Wilayah Persekutuan dan Persatuan Kereta Sewa Hulu Selangor, katanya.

“Kami berharap tempoh perlanjutan setahun secara automatik bagi had usia kenderaan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada industri ketika kebanyakan syarikat  sedang berusaha untuk pulih dan kembali berdaya saing dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Loke Kongsi Video Papar Komitmen MOT Perkasa Pengangkutan Awam

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad