web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tersepit Akibat COVID-19, Statistik Pinjaman Ah Long Terus Meningkat 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 12:02PM

Sebanyak 508 pinjaman wang tidak berlesen dilaporkan kepada JSJK sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, membabitkan jumlah pinjaman sebanyak RM2.5 juta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman melahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa yang menghimpit ekonomi rakyat sehingga memaksa mereka mendapatkan bantuan kewangan daripada Ah Long.

Statistik mendapati, sebanyak 508 pinjaman wang tidak berlesen dilaporkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, membabitkan jumlah pinjaman sebanyak RM2.5 juta.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, situasi ini berlaku disebabkan penularan pandemik COVID-19, sehingga menyebabkan ramai rakyat kehilangan punca pendapatan dan  terpaksa meminjam daripada Ah Long untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimanapun, mereka akhirnya terperangkap dengan masalah kewangan yang lebih serius kerana tidak dapat melangsaikan hutang itu mengikut masa ditetapkan.

“Melihat kepada keadaan itu, JSJK Bukit Aman melancarkan Op Vulture bermula 2 Julai lalu bagi menjejaki sindiket Ah Long di seluruh negara.

“Hasilnya, seramai 84 individu berusia antara 20 hingga 59 tahun ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan pada 6 dan 7 Julai lalu bagi membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa,” katanya pada sidang media semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati individu ditahan mempunyai kaitan dengan kumpulan dipercayai geng kongsi gelap yang menjalankan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen.

“Siasatan awal mendapati mereka yang ditahan adalah ahli sindiket Ah Long yang aktif antaranya Sindiket Ahlong Geng 24 (Pulau Pinang), Sindiket Ah Meng (KL), Sindiket Andy (Kelantan), Sindiket David (Sabah) dan Sindiket Ah Loi (Sarawak).

“Semakan terhadap individu yang ditahan mendapati, segelintir mereka mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 326 KK; Seksyen 323 KK; Seksyen 506 KK; Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mohd Kamaruddin berkata, sindiket dipercayai telah beroperasi sejak tahun 2018 dengan mengiklankan kegiatan mereka menerusi media sosial seperti Facebook, WeChat dan WhatsApp dengan menjadikan golongan peniaga, kakitangan awam serta swasta sebagai sasaran.

Katanya, sindiket berkenaan menawarkan kadar faedah pinjaman yang tinggi iaitu antara 10 hingga 15 peratus bagi tempoh seminggu.

“Apabila peminjam gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman, ahli sindiket akan memberikan ancaman serta ugutan kepada mangsa melalui telefon atau perbuatan khianat yang dilakukan di rumah dan tempat kerja mangsa.

“Sindiket juga akan berpakat untuk menghubungi peminjam yang gagal melunaskan pinjaman dengan menawarkan pinjaman baru bagi menyelesaikan bayaran pinjaman terdahulu. 

“Ini bagi membolehkan sindiket meneruskan kontrak dengan peminjam, sekali gus memaksa peminjam membuat bayaran berlipat kali ganda menerusi faedah yang dikenakan secara berterusan,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad