web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Terima 12 Juta Dos Vaksin Bulan Ini - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 3:07PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menerima lebih 12 juta dos vaksin COVID-19  bulan ini, sekali gus menjadikan tempoh tiga bulan akan datang sebagai kritikal dan mencabar dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata dengan penerimaam jumlah besar bekalan vaksin itu, kapasiti pemberian vaksin akan turut dipertingkatkan di seluruh negara, bermula Julai ini.

"Sudah pasti (bermula) Julai akan jadi tempoh genting buat PICK," katanya dalam rakaman video berdurasi 7.46 minit berhubung perkembangan program vaksinasi berkenaan hari ini. 

Bagi memastikan cabaran pada bulan mendatang akan dapat dilalui dengan lancar dan teratur, Khairy berkata kapasiti vaksinasi di seluruh negara juga akan dipertingkatkan dengan pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) selain menambah tenaga kerja kesihatan dan sukarelawan.

Ketika ini, 1,400 PPV sedang beroperasi di seluruh negara. Selain PPV Mega, banyak PPV telah dibuka dalam pelbagai bentuk seperti di perkampungan Orang Asli, rumah ibadat, sekolah, universiti, dewan komuniti, tempat kerja, kawasan perladangan selain melaksanakan vaksinasi rumah ke rumah, katanya. 

Beliau berkata 1,500 klinik swasta dan 120 hospital swasta juga akan terlibat sebagai PPV.

Khairy berkata pada masa ini, kadar vaksinasi harian negara melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia, malah vaksinasi harian juga kebelakangan ini mencatat sejumlah 250,000 dos suntikan sehari secara konsisten dan disasarkan 300,000 dos suntikan sehari, mulai Julai ini.

Jelasnya pada penghujung Mei lepas, jumlah individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah 5.9 peratus populasi negara, dan kini jumlah itu meningkat kepada 18 peratus.

Ini bermakna, jumlah penerima dos pertama meningkat 200 peratus pada Jun, katanya. 

Berhubung pemberian vaksin kepada warga emas, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata setakat ini 60 peratus golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, dengan sasaran 100 peratus menjelang hujung tahun ini.

Beliau turut memberi jaminan mutu perkhidmatan di PPV akan dipertingkatkan termasuk memastikan tahap penyampaian berkualiti sukarelawan dan petugas, selain penambahbaikan aplikasi MySejahtera. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad