web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Kilat Landa Beberapa Kawasan di Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 10:12PM

Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat sejak awal pagi. Tiada pemindahan mangsa dijalankan apabila air mulai surut selepas hujan berhenti. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak di Kampung Din Bamboo, Batu Ferringhi di sini berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir kilat sebelum mereka diselamatkan oleh anggota bomba hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata dalam kejadian pukul 9.45 pagi itu, kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat setinggi satu meter selepas hujan lebat sejak awal pagi.

"Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku banjir kilat di kawasan tersebut yang dipercayai akibat hujan lebat dan limpahan air sungai berhampiran rumah berkenaan, sehingga menyebabkan beberapa kediaman di situ turut dimasuki air sedalam satu meter," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba memindahkan lima sekeluarga itu ke kawasan selamat iaitu ke rumah jiran mereka dan pihaknya turut melakukan pemantauan di lokasi kejadian sebelum mendapati air banjir semakin surut.

Beliau berkata air banjir kilat di kawasan itu surut semula pada 11.01 pagi dan lima sekeluarga tersebut pulang ke rumah mereka semula.

Pasukan penyelamat membantu penduduk di beberapa kampung yang terlibat dengan banjir kilat. - Gambar dari media sosial
Pasukan penyelamat membantu penduduk di beberapa kampung yang terlibat dengan banjir kilat. - Gambar dari media sosial

Sementara itu, seorang mangsa banjir di kampung berkenaan Rosliza Mohamad, 35, berkata hujan lebat sejak awal pagi tadi telah menyebabkan air dari sungai berhampiran kampung berkenaan melimpah dengan cepat sehingga berlaku banjir kilat di kawasan tersebut.

Katanya, kebanyakan penduduk termasuk keluarganya tidak sempat menyelamatkan barang-barang terutama peralatan elektrik di dalam rumah kerana air naik sangat cepat dan hanya memikirkan keselamatan diri sahaja ketika itu.

"Hujan lebat turun pukul 6.30 pagi, memang lebat dan kami tidak sempat menyelamatkan barang-barang  di dalam rumah, air naik terlalu cepat. Nasib baik hujan tidak lama, air kembali surut pada 11 pagi dan kami sekeluarga terpaksa mencuci rumah," katanya.

Kejadian itu telah menyebabkan lebih 10 buah rumah di kawasan tersebut dilanda banjir kilat namun tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir kerana air kembali surut selepas hujan berhenti. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar