Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


`Kita Tidak Selamat Sehinggalah Semua Orang Selamat' - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 8:48AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia hanya akan selamat daripada pandemik COVID-19 jika penduduk termasuk bukan warganegara yang menetap di negara ini telah menerima vaksin, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. 

Beliau berkata walaupun rakyat negara ini telah menerima vaksin kelak namun ia tidak bermakna mereka telah selamat kerana Malaysia mempunyai kira-kira tiga juta warga asing yang berkemungkinan menyebabkan virus itu merebak dan menjangkiti penduduk Malaysia.

“Kerana itulah ini (pemberian vaksin percuma kepada bukan warganegara) perlu dilakukan kerana kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat. Dalam sains vaksin, jika dapat lebih ramai penerima vaksin, barulah kita selamat dan virus tidak menjangkiti orang lain. Oleh kerana itu, kita sasar 80 peratus penduduk untuk wujudkan imuniti kelompok dan membentuk antibodi yang cukup ramai sehingga virus tidak menjangkiti orang di negara ini.

“Kalau kita (warga tempatan) sahaja yang terima, kita sendiri tidak selamat kerana mungkin mereka (bukan warganegara) boleh menjangkiti kita atau virus masih boleh merebak dalam kalangan warga asing. Kerana itu pentingnya kita lindungi semua orang. Ini adalah keputusan tepat demi kemanusiaan,” katanya.

Khairy, yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, berkata demikian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel malam ini bertajuk ‘Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap COVID-19.’

Kerajaan hari ini dilaporkan bersetuju Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang akan bermula pada akhir bulan Februari, bakal membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Ini akan melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia namun keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara terlebih dahulu selain maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warga asing akan diumumkan kelak.

Keputusan itu selepas mengambil kira persekitaran selamat serta bebas COVID-19 dalam negara hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin dan pemberian vaksin dalam tempoh pandemik seperti mana sekarang adalah langkah berperikemanusiaan.

Khairy, yang ditemu bual dalam program itu menerusi Skype, turut menjelaskan pemberian vaksin percuma kepada bukan warganegara merupakan pendirian kerajaan yang mengharapkan negara lain akan membuat keputusan timbal balik dan membantu rakyat Malaysia di negara mereka.

Beliau juga memperjelas dakwaan kononnya Malaysia menerima vaksin COVID-19 agak lewat berbanding negara maju lain serta negara jiran.

Menurutnya, ini kerana Malaysia lebih fokus kepada perancangan program imunisasi vaksinasi yang lebih cekap dan berkesan untuk dijalankan sepanjang tahun sebaik sahaja vaksin diterima akhir bulan ini.

“Kita tidaklah lambat sangat seperti Australia, Korea Selatan dan Jepun yang masih mengkaji (vaksin yang sesuai). Saya suka mempercepatkan proses pembelian dan penghantaran dan selama ini mengikut perjanjian termeterai, kita akan terima pada Februari.

“Indonesia dapat awal iaitu vaksin Sinovac kerana mereka adalah tempat ujian, sudah tentu mereka didahulukan (pengeluar). Singapura membuat pelaburan dengan pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech dan kerana itu, mereka mendapat keutamaan.

“Saya rasa Malaysia tidaklah lewat sangat kerana kita tepati perjanjian. Apabila kita menerimanya (vaksin), kita akan dapat membuat program vaksinasi. Tidak guna ada vaksin yang banyak tetapi tidak dapat membuat suntikan berkesan. Ada negara yang program imunisasi agak lembab dan kita pula merancang untuk selesaikan semuanya dalam tempoh 12 bulan,” katanya.

Dalam program kira-kira sejam malam ini, Khairy turut berkongsi rutin harian beliau yang sentiasa berhubung dengan pengeluar vaksin agar mematuhi jadual seperti di dalam kontrak bagi memastikan tiada sekatan dan penghantaran akan sampai tepat pada masanya.

Pada 8 Jan lepas, Khairy mengumumkan bahawa vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini. 

Selain Malaysia, 49 negara turut memberi kelulusan terhadap vaksin tersebut malah sudah ada sebahagian daripada negara itu mula menggunakannya.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga merupakan vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

Dalam pada itu, Khairy turut menasihati rakyat agar tidak ragu-ragu dan bimbang mengenai tahap keselamatan vaksin yang telah dibeli kerana ia telah disahkan bebas daripada sebarang bahan berkaitan haiwan.

Pada 4 Feb lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu. Fasa kedua dari April hingga Ogos adalah bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Fasa ketiga pula adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Lebih 20 Juta Pengundi Pilih Kepimpinan Negara Hari Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Syor PRU-15 'COVID-19 Safe Election'

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangkitan COVID-19 Meningkat Sedikit, 6 Kematian

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Anis Nabilah Raih Pendapatan Tertinggi, Terima Anugerah Platinum

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 9 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM