Berita Terkini

17 minit yang lalu: Canberra beri amaran mengenai gelombang baharu jangkitan COVID-19 17 minit yang lalu: Putin Terima Jemputan hadiri persidangan G20 di Indonesia 1 jam yang lalu: 40 mayat migran dijumpai dalam treler di Texas - Lapor Sputnik 2 jam yang lalu: 10 maut, 251 cedera akibat kebocoran gas kimia di Pelabuhan Jordan 4 jam yang lalu: Kejohanan Dunia: Pandelela rangkul gangsa di Budapest

IKUTI KAMI


Anis Nabilah Raih Pendapatan Tertinggi, Terima Anugerah Platinum

Chef Selebriti, Anis Nabilah mengakui banyak peningkatan berlaku dalam kerjayanya sejak diuruskan Universal Music Malaysia, bahkan namanya semakin utuh di persada antarabangsa.

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 6:53PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah bernaung di bawah syarikat pengurusan Universal Music Malaysia sejak 2019, kerjaya Chef Selebriti, Anis Nabilah Umaruddin, 35, dalam arena kulinari semakin berkembang.

Buktinya, Anis telah meraih hasil pendapatan tinggi menerusi gabungan perniagaan dari 2019 hingga 2020 sekali gus melayakkan dirinya menerima  Anugerah Platinum. 

Anis mengakui seronok, teruja dan bangga dapat bekerjasama dengan Universal Music Malaysia kerana dapat meningkatkan lagi jenama dirinya.

“Anugerah Platinum ini saya anggap sebagai pencapaian terbaik sejak bersama mereka dua tahun lalu. 

“Banyak peningkatan yang berlaku dalam kerjaya dan jenama saya. Bukan sahaja dari segi pendapatan, pengikut dan nama tetapi saya juga dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya. 

Menurut Anis, sejak diwakili syarikat pengurusan itu memudahkan lagi dirinya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.

“Memandangkan saya cef selebriti, jadi mereka banyak belajar tentang selok-belok kerjaya saya. Disebabkan itu, saya dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal lain. 

“Pendek kata, bukan hanya sekadar letak muka saya tetapi mereka ambil tahu dari awal sampai akhir,” katanya. 

Berkongsi lanjut kerjasama yang terjalin dengan Universal Music Malaysia, Anis berkata, apa yang dicapai hari ini adalah berkat kepercayaan kedua belah pihak. 

“Sebelum ini saya dengan syarikat pengurusan Kartel yang kemudiannya bergabung dengan Universal Music Malaysia dan Def Jams Southeast Asia. 

“Kebetulan saya bersembang dengan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim. Saya beritahu apa yang saya mahu capai dalam industri ini. Dia faham, jadi kami terus berbincang.  

“Kalau nak bercakap soal kontrak, memang tidak ditetapkan berapa lama lagi. Setakat ini kedua-dua pihak seronok bekerjasama. Apa yang pasti, masing-masing mahu maju ke depan dan sama-sama meneroka lebih banyak perkara dalam bidang ini,” katanya

Anis turut menzahirkan rasa syukur sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara tahun lalu, dia masih dihujani pelbagai tawaran kerja.

“Ketika COVID-19 menular dalam negara, ramai terkesan. Namun, Alhamdulillah saya masih okay dan ada tawaran kerja yang tak putus. 

“Ada juga kolaborasi bersama pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka. Saya orang Malaysia pertama yang berkolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan Malaysia. 

“Insya-Allah, selepas ini saya mahu terbitkan buku sendiri. Tahun lepas saya buat buku dengan Thermomix. Jadi, kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh pasarkan ke luar negara. 

“Selain itu, saya juga mahu bekerjasama dengan lebih banyak jenama antarabangsa. Saya mahu berkongsi masakan Asia terutama Malaysia dengan masyarakat dunia,” katanya. - Getaran, 18 November 2021

Gambar: Universal Music

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Cuba Masak Sendiri 2 Resipi Datuk Fazley Yaakob

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

Iman Troye Nafi Sudah Bergelar Jutawan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Langkawi: Bermula Esok Pelancong Wajib Jalani Ujian Saringan COVID-19 - Khairy

4

TARA 1 tahun yang lalu

Takdir Yang Tertulis Untuk Alvin Chong

Sorotan

1

“Saya Tak Pernah Rasa Paling Popular Dalam K-Clique, Tapi...” MK

2

Sivasangari Terlibat Kemalangan, Impian Ke Komanwel Birmingham Musnah

3

Lengahkan Permohonan Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara, JPN Ingkar Perintah Mahkamah?

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

Digelar ‘Hawkeye Malaysia’, Lakonan Fattah Amin Sebagai Awang Dipuji Netizen

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

“Kalau Layan Orang Otak Mereng, Kita Pun Jadi Tak Betul” – Mak Wan Latah

Pelakon veteran, Mak Wan Latah enggan memberikan komen lebih lanjut mengenai video yang tular di TikTok yang dikongsikan oleh bekas pembantu peribadinya. 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 3 jam yang lalu

Pengarah 'Money Heist' Korea Sedia Dikecam

Dalam siri pembikinan semula berbahasa Korea ini, Kim masih mengekalkan tema dan plot yang sama namun menambah elemen tempatan untuk menghidupkan drama ini.

oleh Wafa Aula

Selebriti 21 jam yang lalu

Alia Bhatt Umum Hamil Anak Pertama

oleh Helmi Anuar