web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Redang Sepi Tanpa Pelancong, Penduduk Terkesan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 8:23AM

Keadaan jeti Pulau Redang yang sunyi tanpa pelancong sejak pelaksanaan PKP, mengakibatkan sumber pendapatan penduduk di situ yang bergantung kepada sektor pelancongan terjejas teruk.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Pulau Redang yang menjadi antara destinasi terkenal untuk bercuti kerana kecantikan pantai dan kejernihan air lautnya kini sepi tanpa pelancong sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan PKP bagi menangani penyebaran pandemik COVID-19 itu melumpuhkan sektor pelancongan, sekali gus memberi kesan kepada penduduk kampung di sini yang majoritinya bergantung kepada industri berkenaan sebagai sumber pendapatan.

Seorang penduduk,  Muhammad Ariff Shafieee, 28 yang bekerja sebagai petugas resort di pulau itu berkata, sumber pendapatannya terjejas kerana operasi premis tersebut terpaksa ditutup.

“Memang kita yang bekerja di sektor pelancongan sangat terkesan sebab COVID-19. Kami kehilangan pendapatan dan sekarang ini memang tak dapat nak buat apa-apa,” katanya kepada Getaran.

Sambung Ariff lagi, dia kini menolong abang iparnya mengusahakan kebun mini cili sebagai alternatif untuk menampung pendapatan mereka yang terjejas.

Namun, usaha itu juga terbantut kerana mereka terpaksa berdepan dengan penurunan harga cili di pasaran.

Sementara itu seorang lagi penduduk Sanudin Shafaei, 45, berkata, dia kini membuka kedai makan di depan rumahnya selepas tidak lagi bekerja sebagai ejen pelancongan.

Sanudin berkata, setakat ini kedai makannya mendapat sambutan daripada penduduk setempat dan berhasrat untuk meneruskan saja perniagan itu.

“Sejak PKP pertama lagi masa Mac memang kita dah terkesan, lepas itu pulau pun terpaksa tutup sebab musim tengkujuh. Jadi saya dan isteri fikir apa yang boleh kami buat untuk dapatkan duit, jadi kami ambil keputusan untuk berniaga makanan di depan rumah tahun lepas.

“Sambutan diterima Alhamdullilah, biarpun tidak ada pelancong dan hanya mengharapkan penduduk tempatan. Cukuplah untuk bertahan hidup, lepaskan perbelanjaan anak-anak,” katanya yang  mengharapkan pandemik COVID-19 segera berakhir.

Maarop mengambil inisiatif mengerakkan projek gerobok rezeki bagi membantu penduduk yang terkesan kerana pandemik dengan menyediakan barang makanan asas.
Maarop mengambil inisiatif mengerakkan projek gerobok rezeki bagi membantu penduduk yang terkesan kerana pandemik dengan menyediakan barang makanan asas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Pulau Redang, Maarop Ismail, 54 berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengerakkan projek gerobok rezeki bagi membantu penduduk yang terkesan kerana pandemik.

Maarop berkata, melalui projek itu, penduduk yang terkesan boleh mendapatkan barang makanan asas seperti beras, gula, susu dan pek me segera.

“Projek ini kita ikhtiar sendiri melalui sumbangan daripada Badan Bukan Kerajaan NGO, jadi penduduk bolehlah ambil barang makanan diperlukan dan kita harap ia dapat meringankan sedikit beban mereka.

“Selain itu kerajaan negeri juga ada bagi bantuan bakul makanan, malah sebelum ini, 40 bakul makanan sudah diagihkan dan minggu depan akan ada lagi 56 bakul makanan. Jadi penduduk pulau di sini memang tidak terputus bantuan," katanya, bersyukur kerana masih ada peluang untuk membantu penduduk setempat.

Jelas beliau, kerajaan negeri amat cakna dan tidak pernah meminggirkan penduduk, walaupun terletak jauh dari tanah besar.

“Biarpun Pulau Redang ini jauh terpisah dengan daratan, namun bantuan tetap sampai dan kerajaan sangat cakna dengan kebajikan penduduk di sini.

"Kami sememangnya amat bersyukur,” katanya. - Getaran, 28 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad