web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Legenda, Antara 8 Individu Beri Keterangan Polis Dakwaan Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 7:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Beberapa individu termasuk seorang penyanyi legenda telah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak polis berhubung penularan gambar pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) menunjukkan satu majlis sosial di sebuah ladang Kampung Poh di Bidor, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata penyanyi berusia 62 tahun itu dan seorang lagi selebriti era 80-an hadir memberi keterangan lanjut berkaitan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, tengah hari semalam.

"Semalam, kami telah ambil keterangan daripada enam individu yang berada di majlis itu manakala dua selebriti itu pada hari ini untuk membantu siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan majlis membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di laman media sosial sejak semalam.

Gambar yang dipercayai dirakam pada 24 Jun lepas itu memaparkan tiada penjarakan fizikal malah ada yang tidak memakai pelitup muka.

Susulan itu, polis telah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Katanya pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh PKP 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad