Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Hartal Doktor Kontrak, Polemik Tanpa Kesudahan Sektor Kesihatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 6:24PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sektor perubatan dan kesihatan sedari dahulu sudah diiktiraf sebagai antara agenda terpenting sesebuah negara, selari dengan peranan mereka dalam menjamin kesejahteraan serta kelestarian rakyat.

Ketika negara mula berdepan ancaman pandemik COVID-19 sejak Januari tahun lalu, kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana jentera kesihatan negara tumbuh sebagai benteng pertahanan, dalam memastikan virus maut itu tidak menjajah Malaysia.

Sehingga saat ini, mereka masih bertungkus lumus tanpa meski diri dipagut lelah, malah bukan seorang dua yang tumpas akibat dijangkiti COVID-19.

“Banyak yang doktor kontrak ni hadapi. Gaji tak setara, isu cuti, isu nak buat latihan kepakaran, manfaat-manfaat lain.”

Dalam saat seluruh negara menyanjungi jasa bakti yang diberikan, isu Hartal Doktor Kontrak sememangnya amat mengejutkan, apatah lagi apabila mendengar faktor sebenar yang mendorong ia dilakukan.

Seorang doktor yang pernah bertugas di Hospital Selayang, Dr Muhamad Azrin Omar berkata, isu membabitkan doktor kontrak bukan perkara baharu, malah acap kali ditimbulkan walau masih tidak beroleh sebarang perhatian daripada pihak berkaitan.

Menurut beliau, permasalahan rumit ini memerlukan penyelesaian menyeluruh secara holistik pihak yang berkenaan, bukan hanya dibebankan di bahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semata-mata.

“Banyak yang doktor kontrak ni hadapi. Gaji tak setara, isu cuti, isu nak buat latihan kepakaran, manfaat-manfaat lain. Memang patut pun mereka marah bila sistem tak mengizinkan mereka maju dalam kerjaya.

“Malaysia pula rugi bila bakat yang ada hilang, bila ada yang putus asa dan bosan dengan apa yang berlaku. Yang bermasalah disiplin dan masalah sikap tu kita pun tak kisah sangat. Tak jadi doktor pun tak apa yang macam tu. Tapi ramai yang bagus, tak dapat teruskan,” katanya menerusi bebenang di Twitter hari ini.

Kenyataan Dr Muhamad Nazrin itu dipercayai merujuk laporan Malaysiakini, berhubung Hartal Doktor Kontrak yang didakwa akan berlaku akhir Julai depan, sekiranya kemelut penempatan tetap masih berlaku.

Dr Muhamad Azrin Omar
Dr Muhamad Azrin Omar

Portal berkenaan, memetik kenyataan seorang doktor kontrak di selatan tanah air melaporkan, perancangan mogok berkenaan tercetus susulan tindakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mempertahankan pengambilan kontrak sejak ia mula dilakukan Disember 2016.

Dr Adham membuat kenyataan tersebut, sebagai mengulas surat terbuka yang ditujukan kepada semua anggota Parlimen dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan serta Pakar Perubatan (Schomos), bagi menarik perhatian terhadap kekurangan jaminan pekerjaan dan peluang untuk mengembangkan kerjaya, seperti dialami kumpulan doktor kontrak ini.

Mengulas lanjut Dr Muhamad Nazrin mendakwa, faktor kewangan dijadikan sebagai alasan utama yang menghalang kumpulan doktor kontrak tersebut diserap ke perjawatan tetap.

“Kalau tak silap 60 peratus belanjawan KKM (adalah) untuk emolumen. Lebih separuh! Dahlah bab rawatan kesihatan ni banyak pakai duit. Tekan punya tekan, dapat la JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) janji nak bagi 1,0675 jawatan, mula dengan 300 untuk Hospital Rembau. Tapi tak selesai masalah. Tak lestari.

“Seluruh sistem kena reform. Cara tentukan kelayakan doktor, cara lantik, penempatan (posting), pengurusan sumber manusia (lebih tepat lagi talent management), laluan kerjaya, sistem latihan kepakaran, pembiayaan sistem kesihatan, gaji dan elaun, banyak perkara,” tegasnya.

“Di Malaysia ni, tekanan yang diberikan termasuk oleh netizen di media sosial memang memberikan impak.”

Beliau menarik perhatian, KKM sebelum ini ketika negara ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) pernah menubuhkan Majlis Penasihat Kesihatan (HAC) yang antara lain dianggotai barisan pakar seperti bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman dan pakar ekonomi, Tan Sri Dr Kamal Salih.

“HAC diberi tugas utk bincang penambahbaikan. Sebagai individu di luar KKM, mereka boleh bantu dari perspektif yang berbeza. Antara skop utama bila bincang agenda reformasi kesihatan adalah isu ini lah. Sumber manusia, talent management. @ProfAdeeba yang lead isu ni.

“Secara keseluruhan, agenda tu dipanggil Agenda Reformasi Kesihatan Negara. Sihat Bersama 2030. Tiga tunggak utama, transformasi khidmat awam, reformasi regulasi sektor swasta dan pembiayaan kesihatan yang lestari dah dibentang pada PM (Perdana Menteri) dan akan dibentang (pada) mesyuarat kabinet Mac 2020,” katanya.

Dr Muhamad Azrin berkata, agenda itu bagaimanapun terhenti separuh jalan apabila pentadbiran kerajaan sekali lagi bertukar, sebelum negara diserang gelombang ketika COVID-19 yang masih berterusan sehingga hari ini.

“Di Malaysia ni, tekanan yang diberikan termasuk oleh netizen di media sosial memang memberikan impak, tekanan kepada pihak yang berkuasa untuk ambil tindakan. Malang sekali, tapi itulah realiti.

“Jadi secara peribadi saya setuju dgn #HartalDoktorKontrak - selagi mana tak jejas rawatan pesakit. Untuk tingkat kesedaran dan beri sebab pada kerajaan untuk bersungguh usaha selesaikan masalah ini. Walaupun berharap ada penyelesaian yang lebih baik dari melakukan hartal. Harap je lah,” keluhnya.

Sementara itu, seorang pakar bedah di ibu kota berkata, isu penyerapan ke jawatan tetap bukan tertakluk di bawah bidang kuasa KKM.

Tugas sebenar KKM jelas beliau, adalah memastikan semua perkhidmatan dan dasar kesihatan dilaksanakan dengan baik, seperti yang tertakluk di bawah piagam kementerian berkenaan.

“KKM tidak menggaji pegawai kerana jawatan untuk penjawat awam adalah tertakluk kepada budi bicara JPA. Tiada tawaran dibuka, (maka) tiadalah jawatan kosong,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Pakar itu yang meminta identitinya dirahsiakan berkata, jawatan baharu atau sebarang kenaikan gaji untuk penjawat awam pula perlu menerima kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

“Ya. Tiap tahun memang ada keperluan penambahan jawatan. Tiap tahun kita mohon. Tapi, jika JPA tak luluskan jawatan, maka tiada penambahan jawatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, hartal doktor kontrak yang sedang hangat diperkatakan ketika ini tidak terlepas daripada isu pengurusan fiskal.

Noor Amin Ahmad
Noor Amin Ahmad

“Saya banyak kali sebut isu ini dari semasa ke semasa. Secara peribadi saya fikir dalam perdebatan dasar apa pun, akhirnya ia akan berbalik kepada persoalan ini. Reformasi ‘bergelut’ di sini,” katanya.

Jika benar Hartal Doktor Kontrak dilaksanakan akhir bulan depan, sesungguhnya ia adalah tamparan hebat buat sektor kesihatan, yang akhir-akhir ini berdepan sanjugan melangit segenap lapisan masyarakat, dek khidmat cemerlang mereka.

Melihat kepada keperitan dilalui doktor kontrak ini, ternyata benar bahawa air yang tenang itu jangan disangka tiada buaya, kerana hilang riak, timbul lah ia.

Di sebalik gahnya industri kesihatan dan profesyen kedoktoran, ternyata ada titik hitam yang melingkari dunia mereka. - Getaran, 27 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Semasa 2 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

4

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

Sukan 11 jam yang lalu

Piala Uber: Pearly Ambil Sudut Positif Jika Tidak Ke Chengdu

Semasa 1 hari yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran