web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banyak Majikan Tidak Benar Bekerja Dari Rumah - Kementerian Sumber Manusia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 3:55PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima sebanyak 3,737 aduan berkaitan pelbagai isu pemburuhan terutamanya berkaitan Bekerja Dari Rumah (BDR) menerusi aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW), yang dilancarkan pada awal Mei lepas.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,769 aduan melibatkan kes majikan tidak membenarkan pekerja untuk BDR dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Aduan paling tinggi yang diterima menerusi WFW ini ialah majikan memaksa pekerja untuk datang bekerja di pejabat walaupun tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Sepatutnya, majikan hanya benarkan 60 peratus pekerja datang bekerja di pejabat (bagi sektor yang dibenarkan) manakala selebihnya bekerja secara BDR. Tetapi, ada yang kita dapati majikan menyuruh 100 peratus pekerjanya datang bekerja di pejabat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengetuai Operasi Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di sebuah kilang di Jitra yang menghasilkan produk jenis makanan kesihatan, penjagaan diri dan kosmetik yang turut disertai agensi lain termasuk polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, Awang berkata KSM menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah melakukan pemeriksaan terhadap 19,981 majikan yang melibatkan 108,877 tempat penginapan di seluruh negara.

“Sehingga hari ini, sebanyak 757 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan 2019) yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan dan daripada jumlah itu, 125 kertas siasatan telah diambil tindakan pendakwaan.

“Kesalahan paling banyak ialah majikan tidak menyediakan kemudahan asas kepada pekerja. Selepas ini, kita akan sediakan satu akta yang mewajibkan majikan menyediakan penginapan berpusat, kalau jadi apa-apa senang untuk kita kawal dan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menyeru supaya semua pemain industri agar sentiasa berusaha patuh kepada akta dan SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 selain mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Laporan Dakwaan Pelajar Pelatih Tidak Dibayar Elaun Sedang Diteliti - PM

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar