web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara Diteruskan - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2021 2:48PM

Muhyiddin (kanan) beramah mesra bersama petugas kesihatan ketika meninjau proses vaksinasi di PPV Sunway Pyramid Convention Center hari ini.
 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Fasa pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata fasa pertama itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes COVID-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

“Sekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

“Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap ... kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, hari ini.

Menurut Muhyiddin, fasa pertama Kawalan Pergerakan itu menguji ketahanan negara supaya dapat melalui proses bagi kesemua fasa yang ada dalam PPN dengan baik.

Pada 15 Jun lepas, Muhyiddin mengumumkan PPN yang merangkumi empat fasa yang akan beralih secara berperingkat.

Bagi membolehkan peralihan ke fasa kedua, purata kes harian COVID-19 perlu berada di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Untuk ke fasa ketiga, ia akan dibuat jika antara lain purata kes harian COVID-19 turun ke paras bawah 2,000 dan nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos ini, manakala peralihan ke fasa keempat dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir Oktober 2021.

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 di Selangor, Muhyiddin berkata kerajaan memberi lebih perhatian kepada negeri itu disebabkan jumlah kes harian yang mencecah 2,000 kes.

Katanya mana-mana kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri itu akan dilaksanakan dengan lebih ketat.

“Kenapa begitu? Kerana kes banyak di Selangor sama ada di tempat kerja, kediaman atau komuniti. Kalau nak turunkan kadar kes ini harus beri perhatian di kawasan sebegini (PKPD).

“Mungkin langkah susulan lain kita akan buat supaya keseluruhan kes di seluruh negara terus turun, tapi apa pun yang penting  adalah kerjasama semua, orang ramai perlu patuh kepada prosedur operasi standard,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar